Wajarkah Pekerja Dibuang Kerja Kerana Membuat ‘Posting’ FACEBOOK yang Berbaur Politik?

“Critisizing the Government doesn’t mean that he does not ‘taat’ to the government, jikalau begitu, semua pembangkang akan dikira sebagai tidak taat”

1. Ayat di atas merupakan ‘remark’ yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan terhadap dakwaan Pihak Syarikat bahawa yang mendakwa bekas pekerjanya, telah melakukan salah laku apabila membuat ‘posting’ Facebook yang mengkritik Kerajaan sekaligus menyebabkan beliau dibuang kerja

2. Dakwaan tersebut adalah berdasarkan Surat Aku janji yang telah ditandatangani oleh pekerja tersebut yang antara lainnya telah memberikan aku janji untuk taat setia kepada Kerajaan

3. Dengan kata lain, Pihak Syarikat mendakwa bahawa tindakan pekerja terbabit membuat ‘posting’ Facebook mengkritik Kerajaan adalah bermakna beliau telah tidak taat kepada Kerajaan!

4. Dukacitanya, Mahkamah Rayuan tidak bersetuju dengan hujahan Pihak Syarikat tersebut

5. Mahkamah Rayuan juga tidak bersetuju bahawa imej Pihak Syarikat telah tercemar akibat ‘posting-posting’ Facebook berbaur politik yang dibuat oleh pekerja terbabit.

6. Hal ini disokong lagi dengan fakta bahawa ‘posting-posting’ tersebut adalah dibuat oleh akaun Facebook peribadi beliau, tanpa menyatakan nama majikan beliau dan tanpa merujuk kepada Pihak Syarikat

7. Malah, tiada juga bukti dikemukakan oleh Pihak Syarikat bahawa terdapat pihak ketiga yang mengenali bahawa pemilik akaun Facebook tersebut adalah merupakan pekerja Pihak Syarikat

8. Justeru, ‘posting-posting’ pekerja tersebut adalah selari dengan hak kebebasan bersuara beliau yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan

9. Pada asalnya, pembuangan kerja pekerja tersebut telah diputuskan sebagai tidak sah oleh Mahkamah Perusahaan kerana Pihak Syarikat telah gagal untuk membuktikan lima (5) pertuduhan yang dikemukakan ke atasnya dan mengarahkan Pihak Syarikat untuk membayar pampasan berjumlah RM171,245.00.

10. Namun, Mahkamah Tinggi telah membatalkan Award Mahkamah Perusahaan tersebut melalui permohonan Semakan Kehakiman (Judicial Review) oleh Pihak Syarikat

11. Hari ini di Mahkamah Rayuan, Mahkamah membenarkan rayuan pekerja tersebut dan memerintahkan agar Award Mahkamah Perusahaan tersebut dipulih semula

Moga keadilan diberikan kepada mereka yang berhak insya Allah

Sumber FB Marwan bin Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *