VIP Politik Dahului Frontliners Terima Vaksin

Beberapa doktor meluahkan ketidakpuashatian terhadap tingkah laku VIP politik yang ingin mendahului penerimaan vaksin walaupun bukan frontliners dan bukan kumpulan yang mempunyai risiko tinggi seperti ibu mengandung atau penghidap penyakit kronik.

1. Mengapa exco dan pimpinan negeri perlu didahulukan dalam menerima vaksin?

Rata-rata masyarakat dan pakar, bersetuju pemimpin utama antara kumpulan yang wajar menerima vaksin peringkat awal bagi melahirkan keyakinan masyarakat terhadap vaksin sekaligus mematikan hujah golongan anti-vaksin.

Namun, cukuplah sekadar pemimpin utama seperti Perdana Menteri, Menteri Agama, Menteri Kesihatan dan Menteri Besar/ Ketua Negeri. Tiada keperluan pimpinan politik mendahului frontliners.

Antara yang dikritik termasuklah pimpinan PAS Pahang, Ketua Menteri melaka yang mendahulukan exco negeri bagi mendapatkan vaksin pada 2 Mac nanti dan 200 Setiausaha Kerajaan di Kelantan yang didakwa ‘potong queue’ bagi penerimaan vaksin.

2. Mengapa VIP politik perlu dapatkan Pfizer?

Dalam beberapa jenis vaksin yang telah sampai ke Malaysia Pfizer mempunyai keberkesananan yang paling tinggi iaitu sebanyak 95%.

Mengapa VIP politik ini mahukan vaksin Bio-Pfizer yang sepatutnya didahukan kepada frontliners yang setiap hari terdedah kepada risiko yang sangat tinggi terhadap jangkitan Covid 19 yang sudah pun melalui mutasi.

Seharusnya mereka contohi pemimpin yang sanggup beralah giliran dan mengutamakan kumpulan penerima dalam kalangan frontliners.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *