Vaksin – Umum Dahulu, Jadi atau Tidak Kemudian

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Malaysia sudah berjaya menyetujui perjanjian vaksin Covid-19.

Usaha itu turut dikongsi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaludin.

Persetujuan vaksin COVAX, Pfizer dan Astra Zeneca sudah pun dimeterai, manakala Sinovac, CanSino dan Gamaleya proses tawar-menawar sudah hampir mendapat persetujuan.

Keseluruhan jumlah vaksin ini akan memberi manfaat kepada 83% populasi rakyat Malaysia dan adalah berita gembira buat kita.

Namun, sebagaimana ditegaskan oleh Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia DG Hisyam pada 17 Disember dan hari ini, vaksin tersebut akan mengambil masa sehingga 120 hari sebelum dibenarkan oleh penggunaannya di Malaysia.

Sekadar perbandingan kronologi proses penyetujuan tawaran vaksin di Malaysia berbanding Singapura,

Malaysia

27 November Pengemumuman persetujuan tawaran vaksin

14 Disember Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) terima data daripada Pfizer

17 Disember DG Hisyam memaklumkan akan mengambil 90-120 hari sebelum selamat digunakan (DG said again today)

Singapura

14 Disember Pengumuman persetujuan dan kelulusan vaksin

21 Disember Terima penghantaran vaksin kelompok pertama dari Belgium.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *