Ungku Aziz – Cerita untuk Orang Muda

Saya suka perkara yang intelektual tapi tidak sepatutnya begitu serius. Kalau saya jumpa permainan sudoku saya boleh bermain dengannya,” kata beliau. Komuniti penulis melahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh ulung negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, meninggal dunia pada usia 99 tahun pada jam 4.30 petang semalam.

Inilah satu-satunya foto yang dapat saya rakam yang akan menyimpan kenangan bersama tokoh ini. Beliau pernah menyebut, “Kepuasan bagi saya sangat mudah kerana saya puas membaca, menulis dan berfikir.”

1. Tokoh Pendidikan

Pengarah pertama Dewan Bahasa dan Pustaka (1956-1957)

“Pensyarah pertama Melayu di Universiti Malaya, Ungku masih sempat merencana dan mengelola Kursus Ekonomi di udara melalui Radio Malaya.

Satu program yang dimanfati belia dan lain-lain pemirsa di desa dan kota. Menambah ilmu memperkasakan jelata,” petikan pidato yang ditulis dan dibaca oleh Dato’ Syed Danial pada tahun 2007. Ubah perkataan maka berubah tingkah laku.

2. Penubuhan Tabung Haji

Idea Bagi mendorong orang Melayu mengubah tabiat menyimpan wang di bawah bantal, tabung buluh, tin, almari dan lipatan kain, beliau turun ke kampung dan menggunakan istilah, ‘dapat beranak duit’ jika wang disimpan di Tabung Haji.

Ramai yang tak tahu, idea Tabung Haji sebenarnya ditolak oleh kerajaan pada waktu itu. Ya, idea itu tak bersambut. Tetapi, Profesor Diraja Ungku Aziz tetap bercakap dan membentangkan idea itu agar orang Melayu dapat menyimpan wang secara selamat.

Beliau tidak mahu melihat keadaan orang kampung hilang wang simpanan haji yang disimpan di rumah akibat musibah alam seperti banjir.

Beliau berfikir dan menyuarakan mimpi itu pada setiap sudut sehinggalah di hadapan ulama Al Azhar yang menyambut baik idea besar ini dan idea yang ditolak melantun kembali kepada pemerintah. Soalan mengapa tidak dibuat kembali disoal kepada kerajaan.

Idea itu akhirnya diterima oleh kerajaan. Idea bukan ahli politik yang mengubah lanskap persediaan ibadah jemaah haji di negara ini.

Sikap ‘celik kewangan’ Pak Ungku diterapkan oleh ayahnya, “Saya dilatih oleh arwah bapa saya supaya tidak berhutang sejak usia saya tujuh tahun lagi… Malah kereta pertama yang saya beli tunai ialah kereta terpakai jenis Ford lama.”

3. Bersifat neutral

Prof Diraja Ungku Abdul Aziz juga menolak tawaran terlibat dalam lantikan kedudukan melalui politik.

Beliau mahu memelihara kemerdekaan akal, kekemasan pemikiran dan jiwa yang besar agar bercakap tanpa gentar, tiada kepentingan dan melontarkan satu persatu idea baharu untuk masyarakat.

Dua orang Perdana Menteri sudah bukakan pintu kepada Pak Ungku bagi membantu negara dengan kuasa dan kebersamaan.

awapan penolakan, “Tunku tidak perlu orang seperti saya kerana falsafah beliau dan saya jauh berbeza,” dan “Saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya ada sekarang yang mana saya boleh berfikir dan menulis.” Merdeka dengan kuasa memilih apa yang baik kepada negara.

Negara perlukan kepelbagaian yang memberi dan bukan tindakan homogeneous semata-mata.

4. Tolak tawaran belajar diluar negara demi anak bangsa

Sewaktu di Universiti Malaya, beliau ditawarkan biasiswa melanjutkan pengajian di London School of Economic (LSE). Beliau menolak kerana lebih berminat memikirkan masalah kemiskinan orang Melayu.

“Saya kata tak payahlah, sebabnya, apa yang orang LSE boleh ajar, saya boleh dapatkannya di sini. Maksud saya, kalau saya pilih London, saya tidak akan tahu tentang kemiskinan orang Melayu.

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz mengukur kemiskinan orang Melayu berdasarkan jumlah kain sarung yang dimiliki. Kemudian diperkenalkan teori Indeks Kain Sarong.

Menurut Pak Ungku, “Sungguhpun kerajaan dari semasa ke semasa mengeluarkan statistik penduduk miskin dan menyatakan tidak ada lagi kemiskinan tegar, beliau tidak bersetuju dan berpendapat masih lagi wujud kemiskinan di kampung-kampung,” petikan BERNAMA.

Kelapa puan di dalam jalur;

Kelapa jantan dibuat titian;

Usaha pembangunan hendaklah jujur;

Supaya kemiskinan dapat dihapuskan.

– Prof Diraja Ungku Abdul Aziz-

Pautan asal :

Sumber Twitter @zamrimohamad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *