UMNO Politik Rakus dan Huru-Hara

Hanya satu perkataan untuk kita gambarkan suasana politik semasa iaitu huru-hara.

Dalam keadaan kerajaan dan pembangkang yang lemah, realiti mempamerkan rakyat terpaksa menanggung akibatnya.

Dari polisi dan penguatkuasaan undang-undang yang rapuh sehinggakan, ekonomi dan proses pemulihan dan mengekang penularan wabak Covid-19 dilihat gagal.

Di awal penularan Covid-19 kita lihat beberapa negeri tanpa menunggu terus menukar kerajaan negeri bermula dari Johor, kemudian Melaka, Kedah dan Perak.

Bermula dengan pengkhianatan ahli Bersatu di dalam PH, telah menyaksikan satu situasi yang tiada siapa pun inginkan, politik rakus dan huru-hara yang seperti tiada penghujungya.

Mereka yang membelot dalam kalangan parti Bersatu ini pun adalah serpihan parti UMNO.

Di luar pimpinan Tun Mahathir, parti serpihan ini bukanlah parti yang pogresif dan mempunyai sikap UMNO juga, rakus dan huru-hara.

Hari ini, media mengumumkan desakan pelbagai pemimpin UMNO untuk menolak BERSATU.

Sebenarnya “drama” ini sudah berlaku beberapa kali tahun lepas sebelum pilihan raya Sabah yang menyaksikan mereka akhirnya kembali bekerjasama dengan Parti Bersatu sebagaimana situasi di Perak, iaitu soal siapa ketua?

Dan, kemelut sekarang menyaksikan pertembungan utama PPBM dan UMNO dalam merebut posisi dan kuasa itu.

Jadi sehingga hasrat UMNO itu tercapai, “drama” ini akan terus berlangsung.

Penganilisis politik James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, Umno lebih berminat untuk memulih dan memperkuatkan Barisan Nasional (BN) daripada membentuk entiti politik lain kerana ia akan melemahkan BN.

Setakat ini strategi Bersatu adalah memberikan jawatan dan menggugurkan kes berprofil tinggi pimpinan UMNO dan dilihat berkesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *