Ujian PCR Perlu Digantikan dengan Ujian RTK-Ag

Sebelum ini Dr. Dzulkefly, mantan Menteri Kesihatan pernah memberi pandangan kepada Kementerian Kesihatan untuk menggunakan Ujian RTK-ag berbanding PCR yang digunakan kerajaan bagi diagnosis COVID 19.

Berikut adalah sebab mengapa RTK-ag lebih baik untuk digunakan pada situasi semasa menurut Dr. Arvinder-Singh.

PCR mengambil masa yang lama

Walaupun Ujian PCR sangat sensitive (kadang-kala boleh mengesan virus COVID19 yg telah mati),ia mengambil masa yang lama untuk diproses.

Negara kita mempunyai kapasiti untuk memproses hampir 70k ujian setiap hari, namun ujian ini masih tidak mencukupi untuk wabak ini. Ini kerana, 70k ini tidak mengambil kira ujian yang dibawa kedepan dari hari sebelumnya atau backlog.

Dengan adanya backlog yang besar, kadar ujian yang boleh dijalankan pada hari itu akan semakin bertambah-inilah sebabnya memprosesan PCR mengambil masa 2-7 hari (mengikut beban kerja & backlog).

Berbanding PCR, penggunaan RTK-Ag tidak memerlukan pemprosesan di makmal khas dan keputusan ujian boleh diperolehi dalam 1-3 jam.

Kenapa ini penting?

Apabila keputusan ujian diperolehi dengan cepat, para doktor boleh membuat keputusan untuk mengisolasi pesakit dan memulakan contact tracing dan rawatan. Jika Ujian PCR digunakan untuk saringan-ia akan mengambil masa yang lebih untuk ini berlaku.

Masa yang lebih menunggu keputusan PCR ini boleh memudaratkan situasi. Orang yang sedang menunggu keputusan yg tidak mempunyai gejala mungkin akan keluar dan berdamping dengan orang lain. Perebakan virus boleh berlaku-oleh sebab itu, kepatuhan SOP sangat penting!

Keputusan PCR tidak akan diabaikan

Jangan salah faham! Ujian PCR penting – tetapi hanya perlu di buat jika pesakit positif dengan RTK-Ag. Apa bezanya dengan keadaan sekarang? Mitigasi utk mendapat isolasi dan rawatan boleh bermula dalam beberapa jam berbanding dengan menunggu 7 hari sebelum bertindak.

Ujian besar-besaran boleh dilakukan (mass testing)

Dengan ujian besar-besaran dan isolasi yang cepat, kita boleh mengurangkan penularan wabak ini terutamanya ke Tahap 3 keatas

Masyarakat perlu sedar kenapa ini adalah sesuatu yang penting yang para doktor/saintis sedang gigih menyokong.

Mengubah taktik ini boleh menjadi game changer dalam membendung wabak ini.

Walaupun apa jua ujian yang digunakan, rakyat perlu teruskan mematuhi langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan kerap cuci tangan.

Dalam situasi pandemik, masa merupakan faktor utama dlm membanteras penularan #covid19malaysia. Selagi kita bertindak lebih cepat dari virus ini, kami boleh Menang. Tetapi faktor kepatuhan SOP juga Sgt penting! Perlu di faham juga-RTK-Ag lebih murah dan tidak perlu banyak tenaga sokongan.

Sumber Twitter Dr Arvinder-Singh HS

Pautan asal:

2 thoughts on “Ujian PCR Perlu Digantikan dengan Ujian RTK-Ag

  • August 2, 2021 at 9:03 pm
    Permalink

    This blog was… how do I say it? Relevant!! Finally I’ve found something which helped me. Appreciate it!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *