Turki Sebagai Kuasa Baru Dunia

Semalam Erdogan umumkan penemuan simpanan gas asli 320 bilion meter padu di Laut Hitam.

Ini adalah satu ‘game changer’ ke arah menjadikan Turki kuasa baru dunia. Selama ini kelemahan utama Turki ialah ketiadaan sumber tenaga sehingga terpaksa mengimport 99% gas asli untuk kegunaan tempatan. 2019 sahaja, Turki membelanjakan 41 bilion USD untuk membeli sumber tenaga dari luar.

Bendera Amerika, German, Belgium, Itali, Israel dan Turki

Ini juga sebab Turki kurang daya tawar dalam menghadapi Rusia yang merupakan antara pembekal utama tenaga kepada Turki.

Inilah sebahagian keberkatan yang dikurniakan oleh Allah kepada negara Turki atas kepedulian mereka membela golongan tertindas di seluruh dunia. Tahun lalu sahaja, Turki membelanjakan 7.6 bilion USD bantuan ke seluruh dunia.

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri tersebut beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”

(QS: Al-A’raf [7]: 96)

Sumber Fb Fauzi Hasim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *