Trump Di’banned’ Daripada Media Sosial

Hampir kebanyakan platform media sosial membuat keputusan untuk menggantung akaun Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump.

Perkara ini ikutan daripada rusuhan kepada Capitol yang melibatkan 4 kematian.

Capitol adalah tempat persidangan Kongres Amerika Syarikat dan kerusi daripada cawangan perundangan daripada kerajaan persekutuan AS .

Capitol menjadi titik tengah bagi sistem pentadbiran Amerika Syarikat.

Rusuhan dilangsungkan ekoran ketidakpuashatian penyokong Trump ingin memaksa Kongres membatalkan kekalahan pemilihan Trump dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang memberikan kemenangan kepada pencabarnya daripada parti Demokrat, Joe Biden.

Rusuhan itu dijangka bermula dari laman atas talian seperti twitter. Trump boleh turut disabitkan salah kerana memberi sokongan dan sogokan kepada bermulanya rusuhan tersebut.

Akaun Trump digantung selamanya daripada laman Facebook dan Twitter.

Selain itu, perbincangan forum yang menyokong Trump di Reddit dan lama atas talian lain seperti Gogle:Parler turut digantung.

Twitter antara terawal mengambil tindakan berwaspada (semak fakta), sewaktu keputusan pilihan raya diumumkan tempoh hari dengan menggantung ciapan yang menyebarkan berita palsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *