Terjejas Bisnes Dek PKPB, Penjual Mengadu di Media Sosial
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa di kawasan KL, Selangor dan Putrajaya dari 14-27 Oktober mungkin hanya satu kesulitan kecil untuk mereka yang boleh bekerja dari rumah, tapi untuk peniaga dan penggerai PKPB merisaukan mereka dari segi ekonomi.
Walaupun PKPB ini tidak begitu ketat berbanding dulu, namun pergerakan yang terbatas dan kerisauan orang ramai untuk keluar sudah tentu mengurangkan pengunjung ke gerai-gerai dan bisnes yang lain.
Itulah yang diluahkan oleh seorang peniaga nasi lemak di Twitter, yang mengadu barang jualannya lambat habis walaupun sudah jam 11 pagi:

Untuk mereka yang membekalkan katering untuk kenduri kahwin atau ofis, tak sedikit yang rugi tiba-tiba bila ramai yang membatalkan pesanan kerana kenduri kahwin/mesyuarat tidak dapat dijalankan:

Untuk perniagaan-perniagaan yang terjejas, kerajaan ada menyediakan Geran Khas Prihatin berjumlah RM3,000 yang akan diberikan secara ‘one-off’. RM3,000 tidaklah banyak, tapi boleh membantu sedikit sebanyak dalam keadaan yang mencabar ni.
Geran tersebut boleh dipohon melalui:
Semoga keadaan peniaga dan penggerai kita dipermudahkan!