Tengku Zafrul Pengamal Bank yang Tak Cuba Bantu Orang Melayu: Presiden Mahkamah Timbangtara

Presiden Mahkamah Timbangtara (MATE), Tan Sri Prof. Dr. Muslim Yacob pada tahun lalu pernah mengecam pelantikan Menteri Kewangan kepada Tengku Zafrul yang baru dilantik Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PNN).

Menurut beliau selain daripada Tengku Zafrul yang bukan seorang ahli parlimen yang diundi masyarakat, beliau tiada latar belakang yang layak dan baik sebagai Pengarah Eksekutif CIMB. Menurut beliau  daripada maklumat yang didapati daripada Peminjam CIMB dan juga beberapa Persatuan Pengguna Islam, Tengku Zafrul bukan orang yang “mesra pelanggan”. Sepanjang perkhidmatan sebagai Pengarah Eksekutif di CIMB, beliau tidak pernah cuba untuk menyelesaikan masalah, peminjam dalam kalangan orang Melayu terutamanya. Beberapa Persatuan Pengguna yang cuba membantu dan mendapatkan solusi bagi isu peminjam tidak pernah mendapat akses atau komunikasi bersama beliau untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tan sri Prof Dr. Muslim juga memaklumkan surat maklum balas dan komunikasi daripada pihaknya juga tidak pernah dibalas oleh Tengku Zafrul yang melibatkan pemberian khidmat guaman percuma kepada pelanggan yang mengalami maslah pengguna yang mempunyai maslah isu cagaran rumah, rumah ditarik dan sebagainya.

Malah sewaktu Menteri Kewangan dipegang oleh YB Lim Guan Eng, respon yang diberikan lebih baik khususnya untuk membantu orang-orang melayu dalam kes yang sama.

Sumber:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *