Tengku Zafrul Lebih Sayang ‘Rating Agency’ Barat daripada Rakyat

Kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul mengatakan ‘kedudukan kewangan negara kekal kukuh’ seakan-akan meludah ke muka rakyat yang sedang perit menanggung PKP yang sudah hampir sebulan dan akan dilanjutkan lagi.

Beliau berbangga dengan pengiktirafan agensi penarafan (rating agency) yang mengatakan sasaran defisit negara (6%) boleh dicapai, malah lebih baik daripada defisit negara-negara lain.

Menteri kewangan ini jurucakap rating agency atau penjaga amanah rakyat Malaysia? Dalam masa kecemasan bukankah defisit itu wajar dinaikkan untuk membantu rakyat sampai waktu kecemasan tamat?

Kalau kita ikut tahap defisit negara membangun yang lain (10.3% KDNK), kerajaan sebenarnya ada tambahan RM60 bilion untuk membantu rakyat. Pengeluaran i-Sinar yang diluluskan baru RM19 bilion. Ertinya kerajaan sebenarnya boleh bantu rakyat, tapi kenapa disuruh keluarkan duit pencen sendiri?

Itulah tanda pemerintah sangat ‘out of touch’ dengan keadaan hidup orang bawah. PKP itu mereka yang laksana, kemudian salahkan orang ramai tak ikut SOP, tatkala hidup jadi sempit suruh pula guna duit sendiri. Malang sungguh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *