Tak Cukup Duit, Hanya Makan Megi Dan Telur

UNICEF baru-baru ni buat kajian bertajuk ‘Families on Edge’, secara khusus temubual 500 keluarga yang tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR).
Apa dapatan mereka?
1) Lebih daripada separuh (57%) kata pendapatan mereka lebih teruk daripada tahun lepas.
2) Bila pendapatan terjejas ramai potong perbelanjaan. Yang kena potong banyak sewa (mungkin sebab dapat pengecualian sewa), pengangkutan dan pendidikan. Belanja makanan pun kena potong tapi tak boleh potong banyak sangat (-4%) nanti nak makan apa.
3) Pola pemakanan pun berubah bila pendapatan terjejas. Responden rata-rata makan lebih banyak telur (+50%), nasi (+40%) dan mi segera (+40%), dan kena potong snek & manisan dan buah-buahan.

4) Lain-lain ‘coping mechanism’ untuk kelangsungan hidup?
- Separuh ada bil tertunggak.
- Sepertiga ada sewa tertunggak.
- 18% terpaksa tak cukup makan
5) Impak mental dan emosi pun agak teruk
66% kata mereka tertekan dari segi emosi. Antara yang mereka luahkan ialah risau masa depan keluarga, sedih, ‘anxiety’ dan ada yang mengalami mood swing.
Kalaulah kita bukan dalam golongan tersebut, syukurlah dengan nikmat-nikmat kecil yang kita pandang enteng dan masalah kita yang kita rasa besar. Kalau ada saudara-mara, sahabat yang memerlukan tu ringan-ringankan tangan bantu.
Sumber FB Ikmal Nordin