Switzerland Luluskan Larangan Purdah Di Tempat Awam

Selepas Perancis, Belgium, Belanda, Denmark dan Bulgaria melaksanakan larangan pemakaian ‘niqab’, Switzerland turut menyusul hasil daripada undian awam yang secara tipis memihak kepada larangan pemakaian sebarang pakaian yang menutup muka di tempat awam. Hasil undian tersebut, 51.2% rakyat Swiss menyokong larangan tersebut dan 48.8% menentang.

Alasan pelaksanaan larangan

Seperti negara-negara lain yang telah melaksanakan larangan tersebut, larangan ini secara ‘popular’nya disokong oleh kumpulan konservatif, liberal dan sekularisme adalah atas alasan:

  • Mengelakkan ekstremisme beragama (kumpulan konservatif).
  • Asimilasi dengan budaya negara (kumpulan konservatif)
  • Memerdekakan wanita dari sebarang bentuk penindasan (kumpulan liberal).
  • Membuang sebarang bentuk penyataan atau simbol agama dalam bentuk pakaian di peringkat umum (kumpulan sekular).

Secara keseluruhannya, kita boleh simpulkan terdapatkan peningkatan islamophobia dalam kalangan kumpulan- kumpulan ini di Eropah.

Kesan pelaksanaan larangan purdah

1. Di negara -negara yang purdah diharamkan, pemakai purdah di negara tersebut sebenarnya hanyalah sekitar kurang daripada 200 orang di seluruh negara. Mengikut statistik juga, kebanyakan masyarakat muslim perempuan turut tidak memakai hijab/tudung. Jadi kesan pelaksanaan sebenarnya sangat rendah jika tujuannya adalah kerana alasan-alasan yang disebutkan (lebih ramai masyarakat yang homeless dan miskin dan isu ketagihan dadah yang masih belum mereka selesaikan).

 2. Berlaku protes dan bantahan di jalan raya. Ini sering berlaku, contohnya negara seperti Perancis, sudah memulakan langkah meluluskan larangan itu bermula 2004 lagi. Usaha melarang tersebut mendesak ramai wanita yang bukan islam untuk turut sama memakai bagi menunjukkan protes kerana tindakan kerajaan yang menindas kebebasan mempraktikkan agama. Dan kitaran itu berulang.

3. Perpecahan dan pengasingan masyarakat. Larangan ini akhirnya menyebabkan kumpulan minoriti yang mengenakan pemakaian ini untuk tidak keluar rumah dan mengasingkan daripada masyarakat awam.

4. Kes serangan gangguan secara lisan dan fizikal juga meningkat terhadap kumpulan muslim. Sejak pelaksaan larangan lebih banyak kes serangan dan gangguan di tempat awam yang dilaporkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *