Strategi UK untuk Vaksin Covid

UK dah luluskan vaksin daripada Pfizer BioNTech. Tapi vaksin ni belum cukup banyak untuk semua orang.

Jadi apa strategi UK untuk vaksin? Siapa yang akan dapat dulu? Kalau Malaysia luluskan vaksin pun mungkin akan ikut strategi ini.

1. Orang tua dahulu

Kerajaan UK kata langkah paling baik untuk turunkan kadar kematian ialah lindungi orang yang paling terancam. Paling terancam berdasarkan data: org tua. Dalam jadual ni prioriti #1 rumah org tua. Lepas tu umur 80, 75, 70 dan seterusnya.

2. Frontliners dan mereka yang kesihatannya kronik

Frontliners mesti dapat dahulu. Mereka terdedah kepada Covid hari-hari. Jadi mereka prioriti kedua. Selain orang tua dan frontliners keutamaan akan diberikan juga kepada pesakit kronik – kanser, pernafasan kronik dan lain-lain.

3. Orang mengandung dan kanak-kanak

Yang menariknya, wanita mengandung dan kanak-kanak bawah 16 tahun tidak termasuk dalam senarai.

Bagi wanita mengandung belum ada data lagi. Kanak-kanak kalau dapat Covid kebanyakannya tak ada simptom atau simptom ringan.

Jadi senarai keutamaan banyaknya terpakai untuk 55 tahun ke atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *