Sistem Pemilihan Presiden US

Hari ini Presiden ke-46 US akan diumumkan. Donald Trump atau Joe Biden?

Yang akan menentukannya bukan siapa menang undi terbanyak, tapi siapa menang Electoral College (EC).

Jom tengok sistem EC ini macamana.

1. Sistem EC berdasarkan siapa menang di setiap negeri

US ada 50 negeri + Washington DC. Siapa menang di setiap negeri akan dapat kesemua undian negeri tu.

Contoh California ada 55 undi. Joe Biden menang 51% undi California, Trump dapat 49%. Biden akan dapat kesemua 55 undi.

2. Jumlah undi

Jumlah kesemua undi di Electoral College US adalah 538.

Jadi siapa menang 270 undi dia pemenang. Pada tahun 2016 Trump menang 303.

Dan dalam sistem ni tak perlu menang undi terbanyak pun. Janji menang undi di negeri-negeri penting.

3. Kenapa pelik sistem ni?

Asalnya setiap negeri akan pilih wakil negeri untuk pilih presiden. Itu yang dipanggil electoral college (perwakilan pemilih).

Niat asal supaya orang-orang terpandai dan berkaliber yang pilih ketua tertinggi.

Tapi bila demokrasi meluas dan semua orang boleh undi, sistem ni diubah ke bentuk harini.

Jumlah pemilih dikira berdasarkan perwakilan US :

  • 100 Senator
  • 438 wakil rakyat
  • 538 orang

Bulan November orang ramai mengundi. Bulan Disember setiap Senator/wakil rakyat kena pilih Presiden secara rasmi berdasarkan undian negeri mereka.

4. Pemilihan rasmi

Bulan Disember nanti, katakan California pilih Biden.

Semua Senator dan wakil rakyat California kena pilih Biden di Kongres.

Sebab itu siapa menang pilihanraya bulan November dipanggil ‘President-Elect‘. Lepas Disember baru dipanggil Presiden.

5. Beberapa glosari penting

Kalau baca berita pasal pilihanraya US  tengok bahasa-bahasa ni:

‘He carried the states of California, New york..’: Dia bawak (menang) California, New York..

‘Swing states’ : Negeri yang tak totok pada mana-mana parti. Selalunya tentukan siapa pemenang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *