Siapa ahli parti Syed Saddiq?

Siapa 13 ahli penaja yang terlibat dalam parti MUDA? Lebih penting, apa pengalaman mereka dan mampukah mereka membuat gelombang baru dalam politik?

Kami telah menyelidik latarbelakang beberapa orang yang telah mengumumkan penyertaan mereka secara terbuka dalam parti tersebut, dan juga mereka yang dilihat sangat rapat dengan parti itu di media sosial.  Senarai ahli penaja yang rasmi belum diterbitkan, tetapi ini nama-nama yang dilihat sebagai ‘orang kuat’ atau tulang belakang kepada parti itu:

1. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Twitter: @SyedSaddiq)

Malaysiakini - Syed Saddiq registers 'Muda' as political party

Ketua parti MUDA ini tidak asing lagi dalam politik tanah air. Lahir pada 6 Disember 1992, pemuda berusia 27 tahun ini mula menempa nama sebagai pendebat di Universiti Islam Antarabangsa sehingga mendapat jolokan ‘Asia’s Best Debater’. Menjadi salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan ketua sayap pemudanya (ARMADA), dan sempat menjadi Menteri Belia dan Sukan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kerana tidak bersetuju dengan Langkah Sheraton yang menyebabkan tumbangnya PH, beliau bersama Tun Mahathir serta beberapa wakil rakyat PPBM yang lain mengumumkan menjadi ahli Parlimen bebas. Ramai menganggap beliau akan menjadi sebahagian parti Tun yang baru, namun akhirnya beliau memilih menubuhkan parti sendiri yang berteraskan penyertaan orang-orang muda. 

2. Radzi Tajuddin (@radzitajuddin)

Overcoming the misconception of home ownership

Radzi, juga dikenali sebagai Mat Rodi, berumur 31 tahun dan berasal daripada Selayang. Beliau juga merupakan lulusan UIA dalam bidang arkitek dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Manchester. Beliau seorang usahawan digital dan merupakan pengasas dan CEO Hi HOME, iaitu laman untuk membantu pembeli rumah pertama. Beliau juga berpengalaman dalam media dan pernah menjadi editor laman kewangan dan ekonomi kapital.my. 

Mungkinkah beliau salah seorang ‘funder’ yang penting dalam parti dan penghubung kepada usahawan-usahawan muda yang lain? Mungkin sekali.  

3. Amir Abd Hadi (@amirxabdhadi)

amirx abd hadi (@amirxabdhadi) | Twitter

Amir Abd Hadi memiliki latarbelakang sebagai aktivis ‘civil society’ dan merupakan Setiausaha Agung Liga Rakyat Demokratik dan penyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), sebuah NGO hak asasi manusia. Beliau juga merupakan aktivis Kelab Bangsar Utama, iaitu NGO di sebalik program Dapur Jalanan Kuala Lumpur. Mempunyai pengalaman politik di kampus sebagai salah seorang pengasas kumpulan Pro-Mahasiswa di UiTM.

4. Tarmizi Anuwar (@TarmiziAnuwar)

JAWATANKUASA PUSAT | Liga Rakyat

Tarmizi memiliki pengalaman dalam menguruskan ‘think tank’ dan menjalankan rencana pendidikan politik. Lulusan UPM dan Universiti Mahidol, Thailand ini pernah menjadi penyelaras di beberapa institut seperti Centre For Reform Democracy and Social Initiative (CFR), Sekolah Demokrasi DAP, Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) dan terkini menjawat Pengurus Projek dan Operasi di Institute for Leadership and Development Studies (LEAD) yang diterajui oleh YB Amin Ahmad, ahli Parlimen Kangar.

Beliau juga mempunyai hubungkait dengan badan polisi luar negara dan pernah menjadi pelatih di bawah International Republican Institute (IRI), sebuah NGO yang ditubuhkan oleh bekas presiden US Ronald Reagan dan dianggotai oleh ahli-ahli Parti Republikan di US. 

5. Lim Wei Jiet (@limweijiet)

No legal obstacle to conducting virtual sessions'

Graduan undang-undang Universiti Malaya ini seperti Syed Saddiq aktif dalam arena perdebatan semenjak di universiti, menjadi johan di ‘Global Debate & Public Policy Challenge 2014’ dan memasuki separuh akhir di ‘World Universities Debating Championship 2015’.

Selepas tamat pengajian beliau pernah menjadi pelatih di bawah YB Nik Nazmi Nik Ahmad dan semasa pentadbiran PH, menjadi ahli Majlis Perundingan Belia Negara semasa Syed Saddiq menjadi Menteri Belia dan Sukan. Beliau juga berpengalaman lebih 4 tahun sebagai peguam Sreenevasan Advocates & Solicitors dalam bidang saman komersial, dan sering memberikan ulasan mengenai isu-isu perundangan di media dan media sosial. 

6. Afiqah Zulkfli (@AfiqahZlkfl)

Afiqah Zulkifli on Twitter: "Walaupun dana peruntukan Ahli Parlimen telah  dihentikan, sumbangan kepada yang memerlukan di Muar tetap berjalan seperti  biasa. Terima kasih YB @SyedSaddiq di atas sumbangan gaji Ahli Parlimen  beliau. #

Pegawai khas kepada YB Syed Saddiq ini turut merupakan lulusan Universiti Islam Antarabangsa, dan aktif sejak di kampus sebagai pimpinan mahasiswa. Beliau menjawat jawatan Exco dalam Majlis Perwakilan Pelajar UIA dan pernah digantung oleh UIA kerana menjemput Rafizi Ramli dalam forum yang membincangkan GST.

Sebagai pegawai khas beliau dilihat biasa dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran politik, seperti memantau projek-projek di Parlimen Muar, menguruskan dana kawasan Parlimen dan membuat hubungan dengan penduduk setempat. 

7. Nurul Ezzaty Hasbullah (@ezzatyhasbullah)

SchoolAdvisor's Exclusive Interview With The Reputable Rhodes Scholarship  Winner From Malaysia, Nurul Ezzaty Hasbullah

Pemudi berumur 24 tahun ini merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang dianugerahkan biasiswa Rhodes yang sangat berprestij untuk menyambung pelajaran di Universiti Oxford. Sehingga kini hanya 5 rakyat Malaysia yang pernah mendapat biasiswa tersebut.

Beliau juga dilihat sangat bersemangat memperjuangkan isu-isu kesamaan jantina, dicetuskan oleh pengalaman peribadi melihat diskriminasi terhadap wanita di Malaysia, dan aktif dalam penulisan dan ulasan isu-isu tersebut di media sosial.

8. Shahrizal Denci (@DenciShahrizal)

Shahrizal Denci 🇲🇾 on Twitter: "Aku terima banyak dm dari rakan-rakan  yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian. Aku tak dapat  jawab dengan details. Sorry. #ThreadTani ini explain sedikit informasi untuk

Saudara Shahrizal mungkin antara ahli tertua dalam parti dengan usia 38 tahun. Beliau terkenal sebagai usahawan tani moden, dan merupakan pengurus syarikat sendiri D&H Plantation dengan kebun moden seluas 20 ekar di Kundasang, Sabah. Semasa PKP dilaksanakan beliau membuat satu langkah yang begitu murni; petugas barisan hadapan di Kundasang boleh datang ke kebunnya dan mengambil sayuran secara percuma!

9. Teo Lee Ken

Teo Lee Ken – Naratif Malaysia

Ahli akademik ini memiliki PhD dalam Pengajian Melayu dari National University of Singapore (NUS) selain pernah menjadi felo penyelidik di Universiti Alzahra, Tehran. Menariknya, kajian beliau merangkumi pemikiran intelektual Melayu, Indonesia dan Iran di samping sejarah idea dan sosiologi agama. 

Dengan pengetahuannya tentang kebudayaan dan kenegaraan adakah beliau mampu merangka naratif yang padu untuk parti MUDA? Kita akan lihat tidak lama lagi. 

10. Dr. Thanussha Francis and Dr Mathen Nair (@Thanussha5 & @DrMathen)

Dr Thanussha - Home | Facebook
Mathen Nair, M.D🇲🇾🐯 (@DrMathen) | Twitter

Tidak banyak yang diketahui tentang dua orang doktor perubatan yang menjadi ahli penaja parti MUDA ini selain daripada kedua-duanya lulusan perubatan dari Cuba dan pernah bertugas sebagai doktor di kawasan-kawasan pedalaman. Kedua-duanya turut menyertai Parliamen Digital, Dr Thanussha mewakili Parit Buntar dan Dr Mathen mewakili Ipoh Timur.

***

Itulah biografi ringkas figur-figur utama dalam parti baru ini. Jika diteliti, hanya YB Syed Saddiq mempunyai pengalaman secara langsung sebagai politik, walaupun ada juga yang berpengalaman dalam menjadi pegawai dan pengurus projek berkaitan politik. Selebihnya boleh dianggap ‘political novice’ (pemain baru politik), walaupun memiliki latarbelakang yang padu sebagai usahawan, ahli akademik, professional dan aktivis.

Mampukah gabungan ini memberikan nafas baru kepada politik Malaysia? Tidak wajar bagi kita memandang enteng ketiadaan pengalaman mereka, kerana kadangkala orang yang segar itu lebih kreatif dan tidak terbeban dengan idea-idea lama.

Kita akan lihat kemampuan mereka dalam gelanggang dalam masa yang terdekat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *