Serangan Balas Peluru Berpandu AS Terhadap Syria Ada Makna Tersirat Terhadap Hubungan AS-Iran

Semalam serangan peluru berpandu pertama di bawah pentadbiran Biden telah dilancarkan terhadap sempadan Syria. Pentagon mengatakan pihaknya melancarkan serangan roket sebagai serang balas terhadap serangan kumpulan militan Syria terhadap pangkalan tentera AS di Erbil, Iraq yang mengakibatkan kematian seorang kontraktor awam.

Lokasi Serangan Roket Amerika Syarikat

Sebenarnya, serang balas itu tidak ada kaitannya dengan Syria dan Iraq, dan semuanya berkaitan dengan hubungan AS-Iran yang penuh dengan keributan.

Walaupun Pentagon mendakwa serang balas itu menghancurkan “sembilan bangunan” dan merosakkan dua lagi bangunan, serta mengakibatkan kematian “segelintir” ahli militan.

Namun, catatan di media sosial oleh anggota militan Iran menyebut hanya dua orang yang cedera dan seorang “mati syahid” iaitu anggota Briged Kata’ib Hizbullah ke- 46.

Jadi, dengan korban dan kerosakan yang sangat rendah, jelas sasaran Amerika Syarikat bukanlah kumpulan militan Syria/Iraq.

Konteks Politik AS-Iran

Pada tahun 2018, pentadbiran Trump keluar dari perjanjian nuklear JCPOA antara AS dan Iran dan mengembalikan sekatan ekonomi yang melumpuhkan Iran. Setahun kemudian, Teheran membalas dengan sejumlah serangan terhadap pengiriman AS di Teluk Parsi, kemudahan minyak Saudi, dan pangkalan AS di Iraq.

Pada masa ini 2,500 tentera AS berpusat di Iraq untuk menyokong operasi menentang ISIS, bukan Iran atau militannya.

Pada tahun 2020, serang balas roket AS menyebabkan pembunuhan AS terhadap seorang jeneral Iran yang terkenal.

Pentadbiran Biden berharap dapat mengembalikan perjanjian nuklear JCPOA 2015 dalam beberapa bentuk, yang dapat menyaksikan Iran menghentikan kedua-dua kempen gangguan dan usaha mengembangkan senjata nuklearnya yang baru.

Sebagai pertukarannya, Washington secara beransur-ansur akan mengangkat sekatan yang telah merosakkan ekonomi Iran.

Tetapi, serangan peluru berpandu ini menunjukkan betapa sukarnya usaha pemulihan perjanjian JCPOA antara AS dan Iran.

Serangan di al-Bukamal memberi dua mesej oleh pentadbiran Biden: untuk menunjukkan bahawa ia akan memberi serangan balas terhadap kumpulan yang mensasarkan pasukan AS, tetapi ia akan bertindak balas dengan kekuatan yang setara. Ini memberi ruang rundingan dan bermaksud perjanjian nuklear dengan Teheran dapat dihidupkan kembali.

Setakat ini pentadbiran Biden masih lagi memegang janji mereka iaitu sifar serangan dron (zero drone-strike) dan tiada korban awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *