Semua Dapat Moratorium?

Mana ada moratorium automatik untuk semua orang, walaupun kita semua suka makan free.

Macam cerita Tiga Abdul, bila Abdul Wahub cakap ‘Tuan Sadiq ingin memberi zakat!’ habis licin kedai Sadiq Segaraga.

Itulah sifat manusia termasuk saya sendiri.

Yang automatik dapat hanya golongan B40, golongan yang terima bantuan BSH/BPN.

B40 boleh pilih:

1) Taknak bayar sesen pun untuk 3 bulan,

atau

2) Bayar separuh saja untuk 6 bulan

M40 boleh juga, tapi kalau yang hilang kerja/gaji turun lah.

Sebelum ni macam-macam dokumen kena bagi, tapi lepas ni hanya cakap “Encik Bank, gaji saya turun. Encik percayalah” Lepas tu tandatangan dokumen ‘isytihar sendiri’. Dah cukup untuk dapat moratorium. Jangan tipu sudahlah, tipu dosa mati seksa.

T20?

Boleh dapat juga, tapi syarat dia hilang kerja/gaji turun.

Yang gaji tak turun tapi tersilap beli kereta mahal? Tu tanggung sendiri la.

Sumber FB Ikmal Nordin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *