Selangor Catat Jangkitan Covid-19 Tertinggi Terkait Kilang Top Glove

Daripada 1203 kes di Selangor hari ini, 1067 adalah Kluster Teratai melibatkan salah sebuah kilang Top Glove. 13, 000 pekerja Top Glove di 28 buah kilang juga bakal disaring bagi menjalani ujian Covid menurut KKM.

Sebelum ini beberapa Gerakan aktivisme dunia antaranya UK dan US mendakwa Top Glove terkait dengan isu buruh paksa.

Walaupun dakwaan ini dinafikan oleh Menteri Sumber Manusia, M Saravanan melalui siasatan Jabatan Tenaga Kerja, peningkatan kes tertinggi ini menimbulkan kecurigaan adakah benar penafian oleh Menteri dan jabatan siasatan tersebut.

Sebagai rekod, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat telah pun mengumumkan sekatan terhadap Top Glove atas dakwaan tersebut.

Sebelum ini syarikat Top Glove mencatatkan keuntungan terbesar dan merupakan antara industri yang banyak menerima manfaat daripada pandemik ini kerana menjadi antara pengeluar utama dan terbesar kelengkapan PPE di seluruh dunia.

Top Glove juga dilaporkan telah melaburkan sebanyak 1billion bagi pembelian share syarikat mereka sendiri. Oleh demikian ahli parlimen Muar Syed Saddiq meminta agar cukai duiran runtuh umpanya dikenakan kepad syarikat terbabit.

Kita masih menunggu apakah kerajaan bakal mengambil tindakan selanjutnya terhadap syarikat terbabit atau mereka akan terus berdiam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *