Saudi ‘Kahwin Senyap’ dengan Israel

Kerjasama Saudi-Israel semakin terserlah apabila kerajaan Saudi memberi kebenaran kepada penerbangan Israel untuk terbang merentas ruang udaranya.

Perkara ini dilihat sebagai langkah-langkah ke arah ‘kahwin senyap’ di antara negara yang mengandungi dua tanah suci Islam itu, dan Israel. Beberapa bulan lepas, UAE telah menjalankan normalisasi hubungan dengan Israel dan ramai pemerhati meramalkan Saudi bakal mengikut jejak langkah UAE.

Tidak cukup dengan kerjasama penerbangan, pada minggu lepas Perdana Menteri Israel dilaporkan telah turun sendiri ke Arab Saudi bertemu dengan Putera Mohammed bin Salman. Pertemuan itu signifikan kerana Arab Saudi selama ini tidak mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah.

Adakah ini permulaan kepada penerimaan yang meluas terhadap Israel di kalangan negara-negara Arab?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *