Rumusan PKP 2.0

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan bermula 12.01 Rabu Malam (13 Januari 2021) sehingga 26 Januari 2020 bagi seluruh negara dalam 3 peringkat.

1. PKP akan dilaksanakan  ke atas negeri berikut:

Iaitu bagi negeri berisiko tinggi dan kapasiti perkhidmatan kesihatan (hospital, klinik, pusat pemulihan) hampir penuh.

Ini akan dilaksanakan bagi 6 negeri berikut:

  • Johor
  • Selangor
  • Sabah
  • Pulau Pinang
  • WP (KL, Putrajaya dan Labuan)
  • Melaka

2. PKP Bersyarat pula akan dilaksanakan bagi negeri berikut:

  • Pahang
  • Perak
  • N. Sembilan
  • Terengganu
  • Kelantan
  • Kedah

3. PKP Pemulihan pula adalah bagi 2 negeri:

  • Sarawak
  • Perlis

Beberapa SOP baru:

1. Pergerakan rentas negeri di seluruh negara tidak dibenarkan.

2. Bagi negeri dengan PKP

  • Tidak boleh rentas daerah (akan ada sekatan jalan) dan perjalanan hanya 10 km radius sahaja.
  • Hanya 2 orang dibenarkan dalam satu kereta.
  • Kedai makan hanya takeaway.
  • Majlis keagamaan hanya AJK masjid dengan maksima 5 orang.
  • Aktiviti sosial seperti kenduri kahwin, mesyuarat, sukan dsb tidak dibenarkan.
  • Pasaraya, klinik, bank masih dibenarkan buka.
  • Perkhidmatan pengedaran makanan masih boleh beroperasi.
  • Pelajar SPM masih boleh hadir sekolah.
  • Aktiviti sukan dibenarkan dengan syarat seorang atau dua orang.

3. Bagi negeri dengan PKPP dan PKPB

  • Kedai makan boleh beroperasi seperti biasa.
  • Pelajar sekolah dibenarkan hadir dengan SOP.
  • Aktiviti keagamaan seperti SOP lalu.
  • Hanya negeri dengan PKPP, aktiviti sosial dibenarkan.

4. Lima sektor dibenarkan beroperasi:

  • Pengilangan dan pembuatan
  • Pembinaan
  • Perdagangan dan pengedaran
  • Perladangan dan komoditi
  • Perkhidmatan (Perlu tunggu MITI umumkan perincian)
  • Bagi sektor lain perlu WFH.

Jumlah pekerja ditentukan oleh majikan bagi sektor pengurusan (essential services) dan bagi sektor perkhidmatan hanya 30% sahaja pekerja di tempat kerja.

SOP lebih lanjut akan ditentukan oleh kementerian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *