Rina Harun Langsai Hutang RM1 juta. Berapa Gaji Menteri PN?
Laman akhbar Free Malaysia Today melaporkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru sahaja melunaskan pembayaran hutang yang berjumlah lebih RM1juta kepada syarikat yang berpangkalan di Paris.
Sebelum ini, Rina Harun telah diserahkan notis kebankrapan susulan hutangnya yang bernilai RM1, 340,642.02 kepada syarikat tersebut. Ini menunjukkan beliau mempunyai kesukaran bagi melunaskan nilai tersebut.
Pada bulan November 2019, aset yang diisytiharkan oleh Menteri tersebut kepada SPRM hanyalah sekitar RM 72, 000. Antara menteri dengan aset terendah.


Bukan itu sahaja, Rina Harun antara yang memiliki gaji terendah sewaktu pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan. Bagaimana jumlah yang sebesar itu, berjaya dikumpul dalam masa yang sangat singkat?
Berapa gaji menteri hari ini?
Banyak unsur kesamaran dalam pemerintahan Perikatan Nasional. Antaranya pengisytiharan harta di laman SPRM tidak lagi menunjukkan jumlah aset dan gaji sebenar yang dimiliki Kabinet Menteri.
Selain itu, tiada pengisytiharan harta terkini yang dibuat oleh menteri seperti Rina Harun.