Reaksi Pertemuan Anwar dengan Istana

Seusai pertemuan antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Yang Di-Pertuan Agong pagi tadi, Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa DSAI hanya memberikan bilangan ahli Parlimen yang menyokong beliau dan bukan nama-nama mereka terlibat.

Ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pemerhati politik. Adakah Anwar terlupa membawa nama-nama tersebut, ataupun ada sebab yang tersirat di sebalik perbuatannya?

Kita akan lihat dalam masa yang terdekat ini.

Apa pun, antara yang terpantas memberikan respon terhadap perkembangan terbaru ini ialah Wan Fayhsal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang memberikan tanda ketawa terbahak-bahak sehingga menangis, mungkin kerana beliau begitu terhibur jawatannya masih ada esok:

Seorang lagi yang memberi reaksi gembira ialah seteru Anwar, Azmin Ali, yang memberikan sindiran mengatakan ‘cikgu beritahu result subjek matematik – gagal’, memberi bayangan Anwar tidak pandai mengira sokongan terhadapnya.

Azmin sebelum ini secara terbuka menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan Anwar naik menjadi PM, dan selepas Anwar pertama kali mengumumkan sokongan yang cukup terhadapnya pada 24 September, Azmin mengatakan Anwar seorang ‘pembohong yang tidak boleh diubah lagi, dan psychopath politik’.

Setakat ini figura UMNO seperti Zahid Hamidi dan Hishamuddin yang dikatakan merapat kepada Anwar masih lagi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan, memberi bayangan bahawa Langkah Anwar baru memasuki fasa pertama. Kita nantikan episod-episod yang akan mendatang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *