Rating Flitch Malaysia Gred B kerana Najib Razak
Mantan Perdana Menteri Najib Razak pusing cerita katanya Rating Flitch turun sebab pemerintahan PH, pemerintahan PN, pendek kata salah orang bukan salah dia.

Berikut laporan Flitch daripada laman rasmi Flitch Rating.

Rating Malaysia yang terdahulunya A turun kepada B kerana 3 sebab utama (dan semua Najib Razak terlibat sama):
1. Ketidakstabilan politik

Flitch nyatakan penukaran kepada kerajaan baharu Mac lalu antara punca turun gred rating Malaysia. Penukaran kerajaan menyumbang kepada ketidaktentuan polisi negara.
Bukan ke Najib Razak teribat penubuhan kerajaan PN Mac lalu, sebab nak selamatkan diri dari mahkamah?
2. Hutang 1MDB

Hutang negara bertambah dan antara punca tersebut kerana komitmen kerajaan untuk membayar balik hutang 1MDB dan kenaikan belanjawan yang baru diumumkan kerajaan.
Selain komitmen kerajaan yang bertambah, dana kerajaaan juga berkurang kerana harga minyak jatuh dan pelupusan GST.
GST lupus rakyat untung, 1MDB rakyat tak dapat untung, hutang adalah!
3. Urus tadbir kerajaan merosot (Deteriorating governance)

Ini juga disumbangkan oleh Najib dan kawan-kawan di peringkat kerajaan juga. Tahun 2019 (kerajaan PH) ada peningkatan.
Tapi kata Flitch, urus tadbir merosot kerana “corruption trial of officials” , isu ketelusan kerajaan (transparency) dan juga kerajaan sekarang yang sangat lemah dengan majoriti 2 kerusi Parlimen.
Betul lah orang kata tuding jari kat orang, jari yang lain tunjuk balik kat diri sendiri.
Pingback: 2025: Rakyat Malaysia Bakal Menjadi PATI di Negara Jiran - Aksi Muda