Putera Saudi Belasah Israel di Forum Antarabangsa

Walaupun kerajaan Saudi semakin lunak kepada Israel, nampaknya ada dalam kalangan keluarga diraja yang masih anti-Zionis. Putera Turki al-Faisal dalam dialog di Bahrain menghentam Israel sebagai ‘kuasa penjajah Barat’.

Beliau dengan berani berkata bahawa Israel negara penjajah, memenjara rakyat Palestin dalam kem konsentrasi, memusnahkan rumah-rumah dan membunuh sesiapa yang mereka kehendaki.

Minggu lepas, Arab Saudi membuka laluan udara untuk penerbangan Israel, & PM Israel dilapor menziarahi Putera Mohammed Bin Salman.

Putera Turki merupakan anak Allahyarham Raja Faisal, dan bapanya juga terkenal sebagai seorang anti-Zionis yang tegar. Putera Turki merupakan sepupu kepada Mohamed Bin Salman yang dilihat pencatur polisi-polisi baru Arab Saudi.

Adakah ini tanda konflik dalaman dalam keluarga diraja?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *