PRU 15: Azmin Intai Bertanding di Pengerang

Ramai yang tertanya-tanya di mana tempat untuk kumpulan blok Azmin yang sering mendapat tohmahan umum. Di laman rasmi Bernama, melaporkan gambar Azmin membantu program surau di Pengerang (sudahpun dipadam).

Beberapa persoalan yang timbul:

1. Mengapa dia di sana, sedangkan dia Ahli Parlimen Gombak?

2. Bukankah PKP telah dilaksanakan, mengapa dia rentas negeri?

3. Adakah dia mengintai peluang bertanding di parlimen Pengerang?

Ini bukan kali pertama. Sejak 2019, sudah beberapa kali Azmin ke Pengerang untuk memberi bantuan (di luar bidang kuasanya sebagai menteri). Dia turut merasmikan pembukaan cawangan PKR di Pengerang.

Kerana rakyat Gombak (kubu kuat PKR) sudah pasti tidak akan memberi peluang kepada ahli politik dua muka sepertinya.

Jika ini berlaku, adakah UMNO/BN akan membenarkan (sebagaimana berlaku ketika PRN Sabah) dengan hubungan yang semakin rapuh di antara kedua parti itu.

Azalina Othman adalah ahli parlimen Pengerang semenjak 2004 dan ia adalah kubu kuat BN. Pada pilihan raya yang lepas beliau menang dengan majoriti 11,417 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *