PRN Sabah: Warisan Dijangka Menang 40 Kerusi

Forecast atau jangkaan pengiraan yang dibuat oleh Datalah menunjukkan Warisan Plus dijangka menang 2/3 dengan 40 lebih kerusi adun Sabah.

Mengambil inspirasi daripada Invoke, Datalah adalah satu badan yang dianggotai anak muda yang menggunakan sistem algorithm dan big data yang digunakan untuk menganalisa saham, derivatives, dan bond ke dalam PRN Sabah kali ini.

Sekiranya hasil analisa mereka tepat dengan accuracy minima 70%, mereka berhasrat untuk memanjangkan analisa ke peringkat yg lebih tinggi.

Data awal yang mereka hasilkan menunjukkan Warisan plus menang 2/3 dan menurut dapatan mereka ini bukan kerana mereka kuat, tetapi pembangkang yg berpecah. Pembangkang berkongsi pool pengundi yang sama. Dahulu PN, BN, PBS, PCS, dan LDP berpayung dibawah satu banner, berkongsi jentera akar umbi yang sama.

Selain itu, Swing vote yang dijangka daripada Warisan tidak cukup untuk memenangkan pembangkang. Malah, PCS dan LDP dijangka sukar untuk mendapat lebih drpd 2000 undi.

Saingan pelbagai penjuru

Laporan oleh Berita Harian, seramai 446 calon berentap merebut 73 kerusi dengan DUN Bengkoka menjadi kawasan paling popular apabila merekodkan pertarungan 11 calon.

Mantan Ketua Menteri Sabah sendiri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berdepan saingan calon PN yang juga anak buahnya daripada Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), wakil Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Selain Shafie yang berhadapan saingan lima penjuru, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berdepan pertandingan empat penjuru bagi merebut kerusi DUN Bongawan berdepan penyandang kerusi Dr Daud Yusof dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) selain wakil Barisan Nasional (BN) dan Parti Liberal Demokratik (LDP). Dr Daud menang dengan majoriti 795 pada PRU lalu.

Tapi hasil kajian ini tidak mengambil kira video menghina askar Lahad Datu oleh Din Ketapi, dan pengumuman DSAI sebagai Perdana Menteri baru baru ini.

Baki 3 hari berkempen ini sangat penting dan tidak boleh ada ruang kesilapan oleh mana mana parti yang akan mengakibatkan swing vote. Jadi, Warisan jangan yakin, pembangkang jangan sudah mengalah.

Sumber: Twitter @Izaanfly dan Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *