Macron Hina Islam, Erdogan Seru Boikot Produk Perancis.
Baru baru ini, tular kempen boikot produk Perancis oleh umat Islam seluruh dunia. Berikut adalah kronologi bermulanya kempen ini.

2 Oktober – Dalam satu ucapan di Paris, Macron mendakwa Islam adalah agama yang sedang mengalami krisis di seluruh dunia pada hari ini. Dia juga menggariskan pelan untuk menangani “Islamic separatism” yang kononnya berkembang di Perancis. Awal Oktober juga, seorang guru sekolah di Paris bernama Samuel Paty telah menayangkan gambar kartun Nabi Muhammad dari majalah Charlie Hebdo. Perbuatan ini dilakukan di dalam kelas setiap tahun oleh Paty kononnya untuk mengajar murid sekolah tentang kebebasan bersuara. Ini menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh Perancis.
16 Oktober – Seorang pemuda bernama Abdullah Anzorov telah membunuh Paty menggunakan pisau. Anzorov ditembak mati oleh polis tidak lama selepas itu.
21 Oktober – Satu majlis peringatan nasional diadakan di Perancis atas kematian Paty. Macron menyatakan Paty dibunuh kerana mengajar murid sekolah tentang kebebasan bersuara. Dia juga berkata bahawa “Islamis mahu merampas masa depan kita, dan mereka akan gagal”. Atas ‘jasanya’, Paty turut dikurniakan pingat “Legion of Honour” iaitu pingat tertinggi untuk orang awam di Perancis. Di beberapa bandar, gambar kartun Nabi Muhammad ditayangkan di dinding bangunan kerajaan secara terbuka bagi memperingati Paty.
24 Oktober – Presiden Turki, Erdogan mengecam Macron dan meminta Macron mendapatkan rawatan mental.
25 Oktober – Perancis memanggil pulang dutanya dari Turki kerana mendakwa Erdogan telah menghina Presiden Perancis.
27 Oktober – Erdogan menyeru umat Islam memboikot produk Perancis.
Sumber FB Fauzi Hasim