Presiden AS Biden Takkan Lantang Terhadap Isu Uighur
Dalam satu sesi town hall bersama CNN, Presiden Amerika Syarikat yang baru dilantik Joe Biden ditanya tentang isu pembunuhan beramai ramai di Uighur dan apa pendirian Amerika Syarikat.
Biden menyifatkan isu Uighur, penentangan di Hong Kong dan bantahan melibatkan Taiwan sebagai “norma” berbeza di China.
Beliau turut berkata tidak akan bersuara tentang isu tersebut di peringkat umum tetapi hanya melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sebelum ini agensi berita negara Barat yang lantang adalah BBC dalam melaporkan isu kem konsentrasi dan pembunuhan etnik Uighur yang berlaku di China.
Kelantangan mereka telah pun menyebabkan BBC diharamkan daripada penyiaran di mana- mana platform di China.
Sebelum ini, Bekas Presiden Trump bukan sahaja tidak menentang tetapi juga percaya perkara yang berlaku di Uighur wajar dilaksanakan.

Berbanding Trump yang sokong secara terbuka, Biden tidak secara terang-terangan menyokong tetapi itulah hakikatnya.
AS memang dijangka tidak akan terlalu berkeras demi menjaga hubungan diplomatik lebih baik dengan China.
Ekonomi AS sangat bergantung terhadap China terutamanya dalam membekalkan barang kos rendah.