PKP dan Sekatan Sempadan Tidak Lagi Berkesan – Pakar

Ulasan pakar, Profesor Datuk Dr Lokman Hakim mengatakan PKP 2.0 tidak berkesan dan tindakan yang lebih baik perlu dilaksanakan.

1. Tren kes mingguan COVID-19 yang dikatakan menurun bukan kesan positif dari PKP 2.0

Bilangan kes yang dilapor mengikut tren bilangan sampel yang diuji. Banyak yang diuji, banyaklah kes yang dilapor. Bila sampel diuji menurun, bilangan kes juga menurun.

Keadaan ini berlaku kerana Kerajaan mengubah dasar ujian diagnosis dari menguji semua kontak tanpa mengira status klinikal kepada hanya yang bergejala. Kurangnya sampel yang diuji menyebabkan kadar positiviti sampel tinggi melebehi paras 5% yang ditetapkan oleh WHO (Rajah 3).

Berbeza ketika MCO/PKP1.0, kadar positiviti sampel sangat rendah di bawah para 5% bermakna tindakan agresif menguji seramai mungkin orang bagi mengesan sebanyak mungkin kes (Rajah 4).

Sebab itu kita berjaya dengan cemerlang melandaikan lengkok epidemiologi ketika MCO/PKP1.0

2. Fasa mitigasi

Perubahan dasar ujian ini menunjukkan bahawa kita telah memasuki fasa MITIGASI dalam pengurusan wabak, walaupun ia tidak diisytiharkan sedemikian.

Ini bukan satu kelainan atau mengambarkan kegagalan. Malah ia adalah fasa normal kawalan wabak apabila penularan telah berlaku dengan meluas di dalam masyarakat.

Matlamat mitigasi tidak lagi untuk mengekang penularan sepenuhnya tetapi bagi memastikan bahawa sistem kesihatan tidak tertekan dan melindungi mereka yang terdedah kepada jangkitan berat dan risiko kematian. Oleh itu menguji mereka yang bergejala sahaja adalah WAJAR dalam fasa mitigasi.

Namun apa yang TIDAK WAJAR atau satu kelainan ialah intervensi kontaimen seperti PKP ini masih dilaksanakan di dalam fasa mitigasi.

3. Ujian RTK-antigen diperluaskan

Apa yang diperlukan ialah memastikan mereka yang bergejala dapat disahkan dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 24 – 48 jam bermulanya gejala. Untuk itu akses kepada ujian RTK-antigen mesti diperluaskan.

Setakat ini kita gagal menyediakan akses menyeluruh kepada ujian RTK ini:

a. Harga ujian sekitar RM70.00 adalah MAHAL dan tidak mampu ditanggung oleh semua orang.

b. Ujian RTK terhad di beberapa Klinik Kesihatan yang mempunyai kemudahan makmal dengan Kabinet Keselamatan Klas II YANG TIDAK DISYARATkan oleh WHO.

WHO hanya menetapkan dilakukan diruang dengan ventilasi yang memuaskan dengan PPE yang bersesuaian. Hatta ia boleh dilakukan di bawah pokok sekalipun. Nama pun RTK – point-of-care testing.

c. SOP kerajaan sendiri yang mensyaratkan yang bergejala mesti memenuhi kriteria PUI dan Kontak Rapat. Ini menyebabkan ramai yang tidak memenuhi kriteria dan tidak dapat melakukan ujian sedangkan bilangan kes sporadik adalah tinggi di dalam masyarakat.

Apabila akses kepada ujian RTK terhad, akan ramai orang yang bergejala yang memerlukan diagnosis gagal mendapatkannya. Ini sangat merbahaya kerana risiko kematian yang tinggi bagi kumpulan yang “vulnerable”.

Ini bersandarkan kepada hakikat bahawa bilangan kematian mingguan akibat COVID-19 adalah tinggi sejak lebih 4 bulan lalu (Rajah 6).

Apakah kes kematian sebelum sempat sampai ke hospital yang agak tinggi akhir-akhir ini juga disebabkan oleh masalah ini?

4. PKP ditamatkan di semua kawasan FASA MITIGASI

Adalah SANGAT ANEH apabila kita berada di fasa mitigasi, intervensi kontaimen seperti PKP masih dilaksanakan. PKP berterusan TIDAK AKAN dapat merendah jangkitan seperti masa PKP1.0 selagi pengesanan kes terhad kepada yang bergejala sahaja.

Malah PKP hanya memberi kesan buruk kepada ekonomi bukan sahaja di Lembah Klang tapi negeri-negeri lain turut terjejas akibat halangan merentas sempadan.

Terimalah hakikat bahawa memasuki dan mengistihar fasa MITIGASI BUKAN SATU KEGAGALAN. Ia adalah pusingan normal dalam mana-mana pengurusan wabak penyakit.

Kontaimen ada hadnya kerana kesan kolateral yang serius terhadap kehidupan sosial dan ekonomi. DASAR KESIHATAN AWAM yang baik akan mengambil-kira semua kesan-kesan ini.

5. Penamatan PKP MESTI disertakan dengan PENAMATAN HALANGAN MERENTAS SEMPADAN.

Saya tidak melihat faedah tambahan dalam kawalan jangkitan tapi kesan ekonomi memang tidak dapat dielakkan. Lihat Rajah 7, PKP di Lembah Klang langsung tidak memberi kesan kepada trajektori COVID-19 di tiga negeri di Pantai Timur.

Malah kes COVID-19 telah menunjukkan peningkatan sebelum PKP lagi dan ia tidak membantu mengekang peningkatan kes di negeri berkenaan.

Paling menarik, Terengganu yang membuat dasar proaktif dengan meminta pelawat luar menjalani ujian COVID-19 apabila sampai di Terengganu sejak sebelum PKP lagi tetap berhadapan dengan peningkatan kes.

Sumber FB Lokman Hakim

Baca ulasan penuh:

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=12446727359488

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *