Pilihanraya Jerman: Gabungan Tiga Penjuru untuk Kali Pertama
Kempen pilihanraya Jerman sudah berlangsung beberapa bulan. Tepat jam 6 petang (12 pagi waktu Malaysia) tabung undian akan ditutup. Setakat ini jangkaan penganalisa politik tiada majoriti mudah yang akan diperoleh oleh sesebuah parti. Ini tidak asing bagi Jerman.
Cancelor Jerman (Perdana Menteri) Angela Merkel dari Parti Kesatuan Kristian Demokratik kanan (CDU) dan Parti Kesatuan Kristian Sosialis (CSU) sebelum ini sekali membentuk gabungan kerajaan bersama Parti Demokratik Bebas (FDP) pada 2009 dan tiga kali bersama Parti Sosial Demokratik kiri (SPD).
Gabungan CDU/CSU-SPD ini dipanggil Große Koalition (Grand Coalition) atau singkatannya GroKo. Satu gabungan parti berhaluan kanan (CDU/CSU) dan kiri (SDP).
Dalam kempen yang melihatkan beberapa reaksi mengejutkan dalam beberapa bulan terakhir terhadap Spitzenkandidaten (calon utama) mereka, tinjauan kini menunjukkan perlumbaan yang semakin sengit antara SPD, yang diketuai oleh Olaf Scholz, dan CDU iaitu Armin Laschet sambil didahului tipis oleh SPD.
Majoriti walaupun tipis (1/2 peratus) akan menentukan siapa yang layak memimpin gabungan baharu sebagaimana Merkel dilantik Cancelor dan wakil SPD sebagai Timbalan Cancelor.

Analisis politik menjangkakan untuk pertama kalinya sejak tahun 1950-an, kerajaan Jerman kemungkinan akan memerlukan gabungan tiga parti. Ini akan menyaksikan pemegang ekonomi terbesar Eropah melakukan rundingan gabungan politik selama berbulan-bulan yang dapat berlangsung hingga awal 2022.
Parti-parti lain yang mempunyai pengaruh signifikan adalah Parti Hijau (Green), Parti Demokratik Bebas (FDP), Parti Alternatif Jerman (AfD) dan Parti Kiri (Left).
Kesannya, mungkin Jerman dipimpin oleh Cancelor Sementara di bawah Canselor Angela Merkel selama beberapa bulan lagi. Ini akan memberi kesan kepada inisiatif besar di peringkat EU kerana Merkel sudah hilang populariti dan pengaruh.