Penyelewengan Pembelian Kapal Perang TLDM Bernilai RM 9 Bilion
Pembelian Kapal Tempur (LCS) yang diluluskan pada 2014 sebanyak RM 9 bilion melalui syarikat Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) sehingga kini masih tidak muncul. Sebanyak 6 buah Kapal Tempur seharusnya tiba pada tahun 2019, tetapi sehingga kini tiada satu pun kapal diterima.
Menurut laporan FMT, Bousted telah pun melaporkan kepada SPRM berhubung isu pembelian Kapal Tempur tersebut. Sebanyak RM 6 bilion pembayaran telah dibuat dan tiada satu pun kapal telah dibuat. Setakat ini RM1 bilion juga dilaporkan lesap tanpa sebarang rekod.
BNS dimiliki majoriti oleh Boustead, yang memiliki 68.84% saham. BHIC memiliki 20.8% kepentingan dalam BNS melalui anak syarikat langsung Perstim Industries Sdn Bhd. Selebihnya dimiliki oleh LTAT, sementara kementerian kewangan memegang satu bahagian.
Menteri Kewangan pada tahun tersebut adalah Mohd Najib Abdul Razak diikuti Timbalan menteri kewangan Ahmad Husni Hanadzalah sebelum diganti Johari Abdul Ghani. Manakala Menteri Pertahanan pula adalah Hishamuddin Hussein.