Pengumuman Baharu : RUU oleh Perdana Menteri

Semalam kerajaan mengumumkan Rang Undang-Undang 2020: Langkah-langkah Sementara untuk Mengurangkan Kesan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) atau Temporary Measures for Reducing The Impact of Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) Bill 2020, kononnya utk kurangkan impak Covid-19 ke atas beberapa kontrak seperti kontrak penyewaaan rumah.

Pengumuman RUU oleh Perdana Menteri disiarkan oleh Bernama.com pada 12 Ogos 2020

Masalah paling besar RUU ini adalah ianya sudah terlalu lambat.

Menurut RUU ini, jika apa2 tanggungjawab tidak dapat dilaksanakan dalam apa-apa kontrak yang termasuk dalam kategori kontrak yang diliputi oleh RUU ini, pihak lagi satu tidak boleh kuatkuasa hak mereka dalam kontrak tersebut.

Jenis kontrak dalam RUU adalah seperti berikut:

Senarai Kontrak Mengikut Kategori

1. Kalau ada penyewa tak boleh bayar sewa sebab Covid-19, maka tuan rumah tak boleh usir keluar penyewa.

Ini bagus, TETAPI:

Ia hanya terpakai JIKA tuan rumah belum usir keluar penyewa bila Akta ini dikuatkuasa. Sila lihat Fasal 7.

Fasal 7: Simpanan

Apa maknanya?

Maknanya, apa2 tindakan undang-undang yang telah diambil dari 18 Mac hinggalah undang-undang ini dikuatkuasa (paling awal akhir September atau Oktober), adalah SAH dan MENGIKAT.

Kalau seseorang itu sudah diusir keluar daripada rumah sewa sebelum tarikh kuatkuasa, itu adalah SAH.

Tambahan pula, Fasal 7 hanya untuk ‘non residential’. Jadi penyewa rumah langsung tidak dilindungi sebab di luar RUU

2. Sama juga dengan Akta Distress.

Pindaan kepada Akta Distress 1951

Tuan rumah yang bawa prosiding distress untuk dapatkan wang sewa tertunggak SEBELUM undang-undang dikuatkuasa, tindakan itu adalah dan tidak terangkum dalam undang-undang Covid ini.

Maknanya, dari bulan Mac 2020 sampailah akhir September atau Oktober 2020, mereka yang hilang rumah sewa, atau diambil tindakan distress oleh tuan rumah tidak akan dibantu oleh undang-undang ini.

Kesimpulannya:

Undang-undang ini dibentangkan TERLALU LEWAT!

Impak paling besar Covid-19 adalah semasa PKP dan bulan selepas PKP. Bulan Mac – Jun. Tetapi mereka yang terkesan, tidak dapat perlindungan.

Sebab itu dari dulu sudah didesak supaya Parlimen bersidang, dan undang2 ini dibentangkan dengan seberapa segera.Tetapi oleh kerana Kerajaan tidak mahu sidang Parlimen, maka dilengahkan sehinggalah dibentangkan sekarang.

Sekadar perbandingan, Singapura bentang dan lulus RUU sama pada bulan April 2020.

Sumber Twitter Syahredzan Johan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *