Pendapatan Garis Kemiskinan

Philip Alston, UN Rapporteur on Extreme Poverty and Human Rights baru keluarkan laporan tentang kemiskinan di Malaysia.

1. Dia kata garis kemiskinan Malaysia terlampau rendah

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Malaysia RM980, dan pada kadar ni kurang daripada 1% rakyat Malaysia kategori miskin. PGK ni menurut Alston sangat rendah.

Siapa-siapa yang hidup kat Malaysia pun boleh setuju dengan kenyataan ni. Dapat RM2000 pun tercungap2 nak bayar bil dan sewa. Yang tak boleh ‘brain’ PGK ni terlampau rendah hanya mereka yang duduk enak di menara gading.

2. Kenapa PGK kita rendah?

PGK rendah sebab berdasarkan ‘calorie count’, berapa pendapatan untuk beli kalori makanan yang cukup untuk terus hidup.

PGK ada juga komponen bukan makanan seperti kediaman dan pengangkutan, tapi tak tahu kenapa rendah sangat tambah semua jadi RM980.

3. Berapa PGK sebenar?

PGK sebenar kenalah kira komponen
– Sewa rumah pada kadar yang boleh dapat di pasaran (bukan rumah bayangan dalam kepala)
– Makanan di rumah tanpa perlu makan luar
– Minima ada satu motor untuk bergerak ke mana2
– Bil eletrik, air dan gas

Sebab benda2 ni dah dikira asas terutama untuk hidup di bandar. Di kampung boleh tanam dan ternak sendiri, tak perlu bergerak jauh, di bandar semuanya harus dibeli, harus ada pengangkutan untuk ke mana2.

Kalau tambah komponen2 ni saya kira PGK untuk pasangan beranak dua di Kuala Lumpur lebih kurang RM2,200.

Kalau ikut kiraan ni jumlah yang berada dalam kemiskinan bukan 1%, tapi sebenarnya 10-20%.

Nak terjemah angka tu dalam bentuk yang lebih faham,

Daripada 10 kenalan/saudara/jiran kita, satu atau dua orang hidupnya susah. Berdasarkan pengalaman anda ini lebih logik atau angka rasmi PGK lebih logik?

Banyak lagi yang menarik dalam laporan Encik Alston. Siapa ada masa boleh baca laporan itu.

Sumber: FB Ikmal Nordin

One thought on “Pendapatan Garis Kemiskinan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *