Pembesar Melaka Rupanya Jutawan!

Pembesar Melaka zaman dahulu merupakan jutawan, menurut ahli ekonomi Tn Ikmal Nordin.

Melaka zaman dulu bukan kampung yang kecil-kecilan, ia merupakan entrepot semacam Rotterdam atau Singapore pada hari ini.

Disebabkan kedudukan tersebut, Melaka menjadi pusat perdagangan yang begitu besar sehingga pembesar Melaka mencapai tahap ‘Multi-millionaire’. Kiraan harta mereka membuktikan hakikat tersebut.

Untuk mengetahui jumlah kekayaan mereka, kita perlu terlebih dahulu faham sistem pemberat Orang Melayu dahulukala: 

Berat paling ringan ialah tahil, bersamaan lebih kurang secupak (1 cup).
Lebih berat ialah kati.
Lebih berat dari itu, pikul (90 kilo).
Lebih berat dari itu, ada bahara (180 kilo).

Pembesar Melayu pula menghitung harta mereka dalam kadar Bahara, iaitu kiraan paling berat.

Perbualan ini dirakamkan dalam kitab Sejarah Melayu:

Bendahara bertanya Raja Mendaliar tentang jumlah hartanya, maka Raja Mendaliar menjawab, “Tuanku, emas sahaya tidak banyak, ada lima bahara.” Maka kata Bendahara Seri Maharaja, “Lebih hanya sebahara emas kita daripada emas Raja Mendaliar.”

Ertinya ketika itu Bendahara (Tun Mutahir) ada 6 bahara emas. Berapa nilai 6 bahara dalam matawang hari ini?

6 X 180kg = 1,080kg

Harga emas sekarang ialah RM254,101/kg.

1,080 kg bersamaan RM274 juta! 

Walaupun ini satu angka yang sangat besar, Bendahara tetap tidak sekaya Sultan Melaka. Sultan Melaka lebih kaya lagi dari tu.

Sebab tu ada orang yang berpendapat bahawa Melaka tak kalah sebab lemah ekonomi atau material. Jika diikutkan kekayaan, kerajaan Melaka boleh saja membeli apa-apa jenis senjata moden termasuk bedil (meriam) dan senapang yang sudahpun wujud ketika itu.

Sebaliknya Melaka kalah disebabkan unsur-unsur dalaman. Lemah jiwa, banyak bergaduh dan dengki, rasuah, dan kezaliman menyebabkan kerajaan yang begitu agung dan kaya kalah dan terbuang.

Sumber : Twitter @ikmalnordin2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *