#PauseMalaysia Dikecam, Parti Muda Dari Harimau Jadi Kucing

Orang ramai baru-baru ini menyuarakan kekecewaan terhadap tindakan ahli politik yang tidak mengikut SOP dan menjadi penyebar Covid-19, sehingga muncul tanda pagar #MuhyiddinisOut menandakan kegagalan Perdana Menteri mengawal situasi Covid daripada memburuk.

Tapi pada masa ada juga pihak membalas dengan memperjuangkan #PauseMalaysia, iaitu semua parti politik perlu ‘pause‘ (berhenti sejenak atau berjeda) dan berdiri bersama pentadbiran PN.

Yang mengejutkan, saranan ini datang daripada Parti Muda dan pengasasnya Syed Saddiq yang sebelum ini lantang mengkritik kerajaan dan kononnya menolak dominasi ‘Kaum Tua’ yang dilihat tidak kompeten menguruskan negara.

Apakah rasional Parti Muda melaungkan slogan itu? #PauseMalaysia bererti

  • Pause dan menyokong menteri2 yang tidak mengikut SOP dan tidak dihukum seperti rakyat marhaen
  • Pause dan memberi nyawa kepada Menteri yang dilihat langsung gagal menjalankab tugas seperti Menteri Kesihatan
  • Pause dan membiarkan wang rakyat dibazirkan pada gaji pak menteri dalam kabinet terbesar dalam sejarah Malaysia.
  • Pause dan kita beri ketenangan pada pemerintah untuk terus bertindak tidak acuh pada rintihan marhaen apabila suara rakyat itu semakin membingit telinga pemerintah yang lewa

Parti Muda sepatutnya lebih berani dan terkehadapan dalam memimpin suara orang muda yang sudah ‘frust‘ dengan keadaan sedia ada.

Tindakan mereka ini ibarat harimau yang hilang ngauman dan sebaliknya mengiau seperti kucing!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *