Pakatan Politik UMNO – PKR – DAP – Amanah Adalah Paling Stabil Untuk Malaysia.

Dalam cabaran kesihatan dan ekonomi akibat Covid19 dan ketidaktentuan (instability) politik negara masa kini, sebuah gabungan politik yang kukuh dan stabil amat diperlukan untuk memimpin negara.
Pakatan antara UMNO, PKR, DAP dan Amanah adalah solusi terbaik atas sebab2 berikut:
Lihat dahulu bilangan kerusi dimenangi dalam Pru14.
- PKR – 47
- DAP – 42
- Amanah – 11
- UMNO – 54
- PPBM – 13
- PAS – 18
1) Tiada pertindihan kerusi untuk PRU15.
Masing-masing sudah mempunyai kerusi tradisi tersendiri. Amanah boleh bertanding di kerusi yang dimenangi PPBM & PAS.
Agihan kerusi akan menjadi – Umno dan PKR masing-masing ~50 kerusi, Dap dan Amanah masing-masing ~40 kerusi. Lebihan kerusi di Sabah & Sarawak boleh ditawarkan kepada gabungan parti lokal yang ingin bekerjasama.
Jika UMNO bekerjasama dgn PPBM & PAS, agihan kerusi menjadi rumit & tegang. PPBM akan cuba memakan (cannibalism) 15 kerusi MP UMNO yang sudah lompat ke PPBM seperti Larut (Hamzah Zainudin) Dan Mersing (Dr Latiff Ahmad). Ini telah berlaku dalam PRN Sabah, di mana PPBM telah merampas & menang di 11 kerusi Dun. Difahamkan antara syarat yg diberikan oleh UMNO kepada Muhyidin ialah semua 15 kerusi ini mesti dipulangkan kepada UMNO dalam PRU15. Sudah tentu Muhyidin tidak akan bersetuju permintaan ini, kerana PPBM akan menjadi sangat minoriti dalam gabungan PN dan pasti hilang jawatan PM.
2) Menghentikan sengketa perkauman Melayu – Cina.
Sengketa politik UMNO – DAP selama puluhan tahun telah mengheret sekali sentimen perkauman Melayu – Cina yang merugikan. Sebenarnya dua kaum besar ini boleh hidup harmoni antara satu sama lain. Orang Melayu perlukan bantuan pengusaha Cina dlm sektor ekonomi. Orang Cina perlukan kepimpinan politik Melayu yang stabil dan berkesan. Perdamaian UMNO-DAP akan menamatkan sengketa yg memenatkan ini. Inilah juga perjuangan Pakatan Harapan selama ini.
3) Setiap segmen pengundi akan diwakili
UMNO mewakili nasionalis Melayu, DAP – bukan Melayu, PKR – masyarakat bandar & separa bandar , Amanah – Islamis.
Pesaing kepada Pakatan ini boleh membentuk gabungan yang merangkul elemen-elemen yang serupa.
Akhirnya pilihanraya menjadi medan untuk pengundi memilih calon yg bersih dan kompeten (qawiyul amin), tidak lagi terbawa-bawa sentimen kaum dan agama.
-Penganalisa politik-
Pingback: Formula gabungan baharu demi kestabilan politik tanahair