Normal Finkelstein: Israel Ada Satu Hak iaitu Kemas Barang Mereka dan Berambus

Normal Finkelstein, cendekiawan Amerika yang berbangsa Yahudi menegaskan Israel hanya ada satu hak, iaitu hak untuk kemas beg dan berambus.

Menurut penulis buku “Knowing Too Much: Why The American Jewish Romance is Coming To End” itu, Israel bukan hanya melakukan jenayah perang, tetapi jenayah terhadap kemanusiaan yang merupakan antara jenayah paling jelas dan terkutuk di bawah undang-undang antarabangsa. Ini laporan pemerhati Hak Asasi Manusia.

Israel juga melakukan pendudukan haram di Jerusalem Timur dan Gaza di mana mereka tidak mempunyai hak apa pun.

Justeru, izinkan saya menekankan bahawa mereka tidak mempunyai hak mempertahankan diri (self-defence) mereka. Hanya satu-satunya hak mereka adalah hak untuk mengemas beg mereka dan berambus

Kemelut Yahudi tidak berakhir pada tahun 1948 ketika Tanah Haram Israel dibuat tetapi kehuru haraan itu berterusan dari hari ke hari dari tahun tersebut.

Mari kita cerita tentang apa yang disebutkan sebagai pencurian dan rampasan secara sistematik yang dilakukan Israel terhadap tanah Palestin.

Apa yang anda katakan sekarang sebagai komuniti kecil Palestin sebenarnya adalah hasil pencurian dan rompakan secara sistematik dalam kelomppok kecil. Ini yang berlaku terhadap tanah Palestin. Jika rakan-rakan anda diserang oleh perompak tanah dan pencuri ini, anda berhak untuk turut serta untuk menentangnya.

Ingatlah Gaza itu terdiri daripada 70% penduduk pelarian dan keturunan pelarian.

Jadi mereka sangat memahami dalam hati mereka tentang apa yang berlaku kepada Jerusalem Timur kerana ia berlaku pada mereka 73 tahun yang lalu perkara yang sama iaitu mereka diusir daripada rumah dan undang-undang antarabangsa digunakan untuk menghalau dan memindahkan mereka dari tanah air mereka.

Bagi mereka ketika ini, mereka melihat nasib yang sama menimpa sahabat mereka di Jerusalem Timur.

Adakah anda akan memberitahu saya bahawa apabila mereka melihat apa yang berlaku kepada sesama rakyat Palestin di Jerusalem Timur mereka tidak mempunyai hak untuk menunjukkan solidariti? Mereka tidak mempunyai hak untuk menentang di samping tolong pelarian?

Anda bayangkan jika anda telah membina benteng pemisah di Bandar New York dan benteng tersebut dibina mengilingi kawasan kejiranan Harlem oleh kerana ada terlalu banyak orang kulit hitam, di Central Park, walaupun banyak tanah kosong dengan satu tujuan untuk mengekalkan majoriti Yahudi di Harlem.

Yahudi mereka mahukan majoriti Yahudi di tanah itu, dan di Jerusalem.

Namun Israel ini telah melampaui batas. Ia negara yang korup, negara yang gila yang penduduk Israelnya suka atau tidak mereka bukan hanya segelintir peminat agama bukan hanya kumpulan yang gila, anda lihat sendiri sebagaimana dipamerkan di Youtube mereka adalah sekumpulan maniak yang merompak tanah dan kumpulan supremasi Yahudi. Bukan kata-kata saya tetapi laporan badan hak asasi kemanusiaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *