New Zealand Naikkan Gaji Minimum dan Tingkatkan Cukai bagi Golongan Kaya

New Zealand menaikkan gaji minimumnya kepada $ 20 (RM 57.80) sejam dan meningkatkan kadar cukai tertinggi bagi mereka yang berpendapatan tertinggi di negara itu menjadi 39%.

Perubahan akan dilancarkan pada hari Khamis, bersama dengan kenaikan kecil kepada faedah pengangguran dan penyakit. Kerajaan menganggarkan kenaikan gaji minimum akan mempengaruhi sehingga 175.500 pekerja, dan kenaikan gaji di seluruh ekonomi sebanyak $ 216 juta.

Semenjak pentadbiran Jacinda Arden, New Zealand telah menaikkan gaji minimum sebanyak $ 4.25 dalam tempoh 4 tahun.

Kadar cukai tertinggi baru pula akan dikenakan kepada sesiapa yang berpendapatan lebih dari $ 180,000 (RM520, 168) setahun iaitu sekitar 2% penduduk New Zealand. Kerajaan menganggarkan akan memperoleh pendapatan tambahan $ 550 juta tahun ini.

Sebelum ini gaji minimum di New Zealand pada 2019, sudah termasuk di antara lima tertinggi di dunia mengikut statistik oleh OECD.

Tindakan itu bagaimanapun mendapat bantahan Parti Nasional kerana ketidaktentuan ekonomi akibat kesan Covid 19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *