Negara Barat Monopoli Pembekalan Vaksin – Halang Negara Selatan Hasilkan Vaksin Sendiri

Negara-negara selatan dunia telah memperjuangkan hak untuk mengeluarkan dan mengimport vaksin covid versi berpatutan. Namun, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah bergabung untuk menyekat mereka di World Trade Organisation (WTO). Negara-negara selatan dunia merangkumi negara- negara membangun dan negara ketiga dunia di benua Amerika Utara, Asia Tenggara dan Asia Barat.

Berdasarkan laporan Organisasi Dagangan Dunia (WTO), AS, UK dan Kesatuan Eropah menolak cadangan untuk mengetepikan TRIPS Agreement.

TRIPS Agreement adalah sebuah perjanjian yang menghalang penghasilan sebarang barang dagangan intelektual termasuk vaksin untuk dihasilkan dengan lebih banyak oleh negara-negara pengimport.

Tokoh politik AS Bernie Sanders telah pun menggerakkan kempen untuk mengetepikan TRIPS Agreement bagi membolehkan negara-negara membangun ini untuk menghasilkan vaksin mereka sendiri dengan jumlah yang lebih banyak dan kos yang lebih murah bagi membendung penularan wabak COVID 19.

Namun, usaha ini perlukan sokongan kesemua negara barat. Sikap negara barat yang menghalang usaha ini dilihat tidak hanya mementingkan diri sendiri tetapi juga ingin membolot keuntungan yang tinggi daripada pembekalan vaksin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *