Naratif Malaysia Lebih Besar daripada Tempurung Satu Kaum – Sabah Memilih

Sabah terdiri daripada pelbagai etnik menggunakan pelbagai bahasa dan dialek. Ada lebih kurang 33 senarai etnik di Sabah yang telah dikenalpasti di negeri ini. Penduduk di Sabah juga berkomunikasi dalam 50 bahasa dan 80 dialek yang berbeza.

 Jadi, tiada istilah seseuatu etnik dominan dan superior di Sabah. Ada etnik melayu, bajau, kadazandusun yang bertutur dalam Bahasa cina di sabah. Begitu juga sebaliknya.

Semangat Perkauman Bukan Satu Budaya Rakyat Sabah

Sebagai rekod, Ketua Menteri Sabah sehingga hari ni datang daripada pelbagai etnik/kaum.

1. Muhammad Fuad Stephen (Kadazandusun)

2. Peter Lo Su Yin (Cina Hakka)

3. Mustapha Harun (Melayu)

4. Mohammad Said Keruak (Melayu)

5. Harris Salleh (Kadazandusun)

6. Joseph Pairin Kitingan (Kadazandusun)

7. Sakaran Dandai (Bajau)

8. Salleh Said Keruak (Bajau)

9. Yong Teck Lee (Cina Hakka)

10. Bernard Giluk Dompok (kadazandusun)

11. Osu Hukam (Bajau)

12. Chong Kah Kiat (Cina)

13. Musa Aman (Dusun, Pakistan dan Melayu Brunei)

14. Shafie Apdal (Bajau)

Bahasa yang digunakan semasa berkempen

Lazimnya poster pilihanraya di sabah menggunakan 4 bahasa. Bahas Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa cina dan Kadasan. Terdapat beberapa tempat yang turut menggunakan Bahasa bajau.

Kesimpulannya, Sabah boleh menjadi contoh kepada rakyat semenanjung, untuk menolak politik perkauman yang hanya mengangkat dan memperjuangkan sesuatu kaum sahaja. Sabah Tatap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *