Menteri Superman dalam Kabinet TSMY

Dalam kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin ada seorang Menteri serba boleh.

Cukup dengan pergi ke Turki selama 3 hari, sudah mampu membawa masuk pelaburan RM82 bilion ke Malaysia.

Palestin dan Israel sudah 60 tahun bertelingkah. Tapi beliau hanya perlu 4 tahun untuk selesaikan; pergi ke Belanda setiap tahun sejak 2016 untuk berbincang dengan International Criminal Court (ICC) untuk bawa Israel ke muka keadilan.

Tidak dilupakan beliau tidak perlu kuarantin seperti orang lain, seolah-olah ada vaksin semulajadi dalam tubuhnya!

Selepas ini,

Masalah air di Selangor,

Masalah internet di Sabah,

Dan lain-lain masalah di Malaysia,

Hantar saja Khairuddin Aman Razali.

Jangan peram beliau di Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Dengan skil serba boleh ini beliau patut naik jadi Perdana Menteri!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *