Menteri Keluar Arahan Separuh Masak, Nasib Baik IPT Ada Otak

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad mengeluarkan arahan semalam bahawa pendaftaran secara ‘face to face’ ditangguhkan disebabkan kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Tapi arahan ni seakan melepaskan batuk di tangga dan tidak memikirkan nasib pelajar yang sudahpun membeli tiket perjalanan ke IPT masing-masing dan sudahpun sampai! Ada yang sudah membayar sewa rumah untuk diduduki anak-anak mereka.

Menteri seakan-akan tidak terfikir yang jika disuruh pulang, ada antara mereka ni tidak ada duit untuk tambang pulang.

Beliau melepaskan pula tanggungjawab kepada IPT dengan menyuruh pelajar yang sudah tiba untuk ‘duduk di kampus dan nantikan arahan universiti’.

Awak Menteri ke siapa Menteri? Tak fikir ke sebelum keluar arahan? Paling minima umum sekali ‘kerajaan akan tanggung kos pengangkutan untuk mereka yang akan pulang ke kampung’.

Nasib baik IPT lebih cerdik daripada Menteri dan faham kesusahan pelajar. Pagi ini beberapa universiti seperti UKM, UM dan USM membuka juga pendaftaran bagi pelajar-pelajar yang sudah tiba.

USM siap membuat inovasi ‘pendaftaran drive-thru’ ala McDonalds untuk mematuhi SOP. Memang patut dijadikan Universiti Sains, sangat kreatif!

Jika ini kaliber Menteri-menteri yang ada hari ini, memang malang pelajar dan rakyat Malaysia. Kalau menyusahkan orang wajarnya letak jawatan sahaja atau ditukar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *