Menteri Agama Positif Covid-19; Peserta Acara Berikut Digalak Saring

Negara dikejutkan dengan khabar dukacita apabila Menteri Agama, sahibus samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengumumkan bahawa beliau disahkan positif Covid-19.

Beliau disyaki dijangkiti virus tersebut di Sabah, di mana beliau telah menjalankan lawatan dan pulang ke Semenanjung pada 24 September.

Beliau juga menyarankan orang ramai yang berada dalam program bersama beliau dari 24 September hingga 4 Oktober untuk menjalankan saringan.

Program-program tersebut seperti di bawah:

25 sept 

  • Hari Terbuka YADIM, Pondok Pasir Tumboh, Kelantan
  • Khutbah Jumaat, Masjid Ulul Albab Jerteh
  • Kedai Pak Tam Putrajaya (Charter Field Town) KLIA

26 sept

  • Kuliah Dhuha Masjid Jamek Sultan Hisamuddin
  • PPR Pantai Ria, KL bagi pelancaran Projek Bakul Rezeki Khaira PPZ

27 Sept

  • Kuliah Dhuha Masjid Dato’ Klana Petra , Nilai
  • Kuliah Dhuha Surau Annur Bangi, berjumpa remaja autisme (Wan Am)

28 Sept

  • Kunjungan Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan pihak pentadbiran Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin
  • Taklimat berhubung penggubalan Rang Undang-Undang Wakaf

29 Sept

  • Kunjungan Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin
  • Taklimat Sambutan Maulidur Rasul SAW 144H peringkat Kebangsaan
  • Persidangan Kehakiman Dan Perundangan Syariah Nusantara 2020

30 Sept

  • Lawatan daripada anak muda Johor

1 Okt

  • Lawatan daripada Ustaz Maliaman Kassim

2 Okt

  • Khutbah Jumaat, USIM

3 Okt

  • Kuliah Dhuha Masjid Jamek Sultan Hisamuddin
  • Majlis Pengijazahan Perubatan & Pengubatan Islam Darussyifa’ Sesi 2020

4 Okt

  • Musaadah Khas Siswa UKM, Bangi
  • Kolej Kediaman Uitm Shah Alam
  • Kuliah Dhuha Masjid Dato’ Klana Petra Nilai

Kami mendoakan semoga beliau dikurniakan kesihatan dan terhindar daripada akibat buruk virus Covid-19 ini. Semoga kita semua terpelihara daripada bencana virus ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *