MCO 3.0 akan Gagal

Apa yang kita boleh belajar daripada MCO 2.0 yang gagal.

Kalau lihat pada rajah di bawah boleh kita rumuskan bahawa:-
a. MCO 2.0 gagal capai matlamat
b. Perintah darurat gagal membantu kerajaan mengawal COVID-19.

Ini tidak menghairankan kerana apa yang kerajaan lakukan hanya bergantung semata-mata kepada halangan rentas negeri dan tindakan rakyat untuk patuh SOP. 

Dan bila kes naik, rakyat dipersalahkan kerana tak ikut SOP

Fokus akar permasalahan

Dalam artikel lepas, kita sudah bincang kerajaan perlu membuat ikhtiar tambahan selain pengesanan kontak yang lemah. Kerajaan perlu membuat saringan bersasar khususnya bagi menangani kes-kes sporadik. 

Graf warna merah mengambarkan keadaan transmisi semula jadi(perkara yang akan terjadi jika tiada usaha dilalkukan)

Memang benar apabila aktiviti sosial di benarkan, risiko penularan akan meningkat. Namun, kes sporadik merupakan kes majoriti sejak sekian lama sebelum MCO2.0 lagi. 

Bererti penularan telah berlaku secara meluas dalam masyarakat cuma punca tak diketahui.

Pengesanan bersasar

Jika pengesanan bersasar dilakukan dengan lebih sistematik berpandukan kepada risk mapping, lebih banyak kes dalam masyarakat dapat dikesan.

Tanpa melakukan saringan bersasar, ibarat kita membiarkan orang yang dijangkiti terus berada dalam masyarakat tanpa diasingkan. Kalau kita hanya bergantung kepada pematuhan SOP dan orang tidak pergi ke mana-mana dan duduk dalam rumah sahaja, apa kesudahannya? 

Bila kes dah tak terkawal, betullah MCO ketat akan memutuskan penularan. Tapi selepas itu?

Dengan MCO 3.0 kita akan turunkan kes tapi kalau strategi masih sama, kita akan terpaksa buat MCO 4.0 pula selepas ini dan begitulah seterusnya sehingga mungkin apabila 80% rakyat sudah mempunyai tahap imuniti hasil jangkitan semulajadi atau divaksinasi. Berapa lama nak capai tahap itu? 5 tahun? Mampukah ekonomi kita bertahan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *