Malaysia Paling Sikit Bagi Bantuan Kepada Rakyat

Berbanding negara jiran yang lain, Malaysia antara yang paling sikit beri bantuan kepada rakyat bagi menangani isu seperti hilang dan kurang sumber pendapatan semenjak pandemik.

Perkara ini dilaporkan oleh Institute of Strategic and International Studies Malaysia. Daripada pengiraan suntikan fiskal, Malaysia dilihat terendah (rujuk rajah) iaitu 4% berbanding 22% pakej bantuan yang dimumkan (PERMAI,PRIHATIN, PENJANA) .

Sewaktu PKP 1.0 kerajaan PN umum RM 250 bilion sedangkan suntikan fiskal tak sampai RM 30 bilion.

Terkini PKP 2.0. kerajaan PN umum RM15 bilion sedangkan dalam RM 3 bilion sahaja fiskal.

Jadi mana datang jumlah yang lain?

Jumlah itu datang daripada moratorium, loan, EPF dan sebagainya. Maksudnya kerajaan tak keluar duit pun untuk semua itu.

Perbandingan Suntikan Fiskal Kerajaan Untuk Pakej Ekonomi COVID-19

Singapura

1. Jumlah = SGD92.9b (bersamaan RM 283b)

Saiz/KDNK= 19.2%

Defisit Belanjawan= 15.4%

Malaysia

Jumlah= RM35b

Saiz/KDNK= 2.3%

Defisit Belanjawan= 4.7%

Singapura letak tepi disiplin fiskal ketika ekonomi normal dan gunakan rizab untuk biaya, Malaysia?

Untuk laporan penuh boleh rujuk:

https://www.isis.org.my/2021/01/20/fiscal-size-matters-the-permai-assistance-package-and-malaysias-economic-response-to-covid-19/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *