Majalah Terkenal The Economist Mengkritik Institusi Beraja Malaysia

“Ketika ahli politik bertelingkah, institusi beraja mendapat kuasa” itulah penyataan oleh laman akhbar antarabangsa The Economist. Majalah tersebut dalam satu artikel mengkritik institusi beraja di Malaysia.

Berikut adalah kritikan The Economist terhadap kuasa institusi beraja yang diamalkan di Malaysia:

1. Pengaruh intitusi beraja dalam tujuan komersial

Sultan mempunyai pengaruh bagaimana tanah di negeri mereka digunakan. Oleh sebab itu, institusi kesultanan boleh mendapat keuntungan daripada pembangunan hartanah darpada projek pembangunan persekutuan.

Contohnya, keluarga kesultanan Johor mendapat keuntungan daripada projek Forest City melalui perjanjian bersama Singapura dan Cina.

2. Bukan semua rakyat Malaysia menyenangi kekuasaan kesultanan

Contohnya, di Selangor keturunan Sultan Selangor adalah antara yang menyokong cadangan tidak popular untuk menukar hutan simpan bagi tujuan pembangunan.

Keturunan Yang di Pertuan Agong juga turut terpalit kritikan apabila memegang jawatan pengerusi syarikat yang terlibat dalam perebutan tanah bersama pengusaha kebun durian.

3. Tidak banyak pandangan terbuka daripada masyarakat umum

Walaupun ada beberapa insiden yang diketahui khalayak melibatkan institusi beraja seperti insiden yang melibatkan Putera Mahkota Johor, tidak ramai yang berani mengkritik mereka secara terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *