M40 Golongan Miskin Bandar
Banyak bantuan BPR, BSH atau belanjawan tahunan fokus kepada B40 dan sangat kurang kebaikan yang dapat dinikmati kumpulan M40. Walaupun gaji M40 ribu-ribu, tapi mengikut definisi pakar ekonomi, mereka adalah miskin bandar.
1. Membeli rumah
Bagi kumpulan M40 untuk membeli rumah, kadar kenaikan gaji tidak selari dengan kadar kenaikan harga rumah. Jika mereka ingin membeli rumah mampu milik kerajaan pula, ada yang kata ambil hak B40 pula.
2. M40 Berjimat dan menyimpan boleh kaya
Ada seorang menteri kata, M40 kena berjimat-cermat kalau nak kaya. “Kalau nak mempunyai simpanan RM1 juta pada umur 60 tahun, kena menyimpan sekurang-kurangnya RM500 sebulan dari umur 25 tahun,” kata menteri tu.
“Pakar kewangan” pula kata kalau nak kaya, kena kurangkan perbelanjaan. Jangan beli kereta dan naiklah pengangkutan awam. Tapi naik pengangkutan awam lagi lambat dan sewaktu temuduga kerja, awal-awal lagi dah tulis ‘calon mesti mempunyai kenderaan sendiri’.
3. Waktu bekerja
Kalau kita tonton drama TV, M40 kerja mula 9 pagi, balik 5 petang. Tapi pergi balik kerja perlu harungi jam 1-2 jam.
4. Kerja tambahan
Sampai rumah pukul 8 malam, M40 rehat-rehat kejap. Lepas tu, sambung kerja kedua pula. Ada buat food delivery. Ada berniaga burger tepi jalan.
Yang kerja office dah biasa jual produk. Jadi lah ejen makanan atau buat dropship. Kalau tak buat kerja kedua, simpanan memang tak cukup.
Kesian M40. Lagi-lagi yang duduk bandar. Tak mampu hidup selesa atau mewah dan tak cukup miskin untuk terima bantuan. Sedangkan dari tahun 2017 dulu, Bank Dunia sudah bagi amaran: kerajaan seluruh dunia sudah kena mula fokus polisi yang pelihara M40.
Tapi setiap tahun, apa yang M40 pasti dapat daripada belanjawan adalah potongan cukai, potongan cukai dan potongan cukai. Tapi pendapatan M40 pun tak banyak. Simpanan daripada pemotongan cukai pun tidaklah signifikan.
5. Laporan Khazanah Research Institute

“…. Kumpulan M40 menunjukkan corak penggunaan yang sangat mirip dengan kumpulan atas B40. Kami mendapati bahawa isi rumah membeli lebih banyak jenis makanan dan perabot bagi rumah. Terdapat pilihan penggunaan yang lebih luas,” kata Khazanah”
Khazanah kata M40 ni sama sahaja sebenarnya dengan B40. Cuma kalau hujung minggu B40 makan nasi campur, M40 makan KFC.
Sumber: Twitter Mat Rodi
Pautan asal: