Lebih Baik Najib Tidak Teruskan Saman Fitnah Terhadap Tommy Thomas – Peguam
Beberapa hari lepas, dimaklumkan mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib mendakwa akan memfailkan saman fitnah terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas atas penyataannya tentang kes Altantuya di dalam memoirnya. Tommy Thomas mendakwa Najib memainkan peranan dalam pembunuhan Altantuya.
Menurut penyataan Tommy Thomas di dalam memoir beliau, beliau mendapati laporan Azilah dan Sirol tidak selari, kerana salah seorang di Australia dan seorang lagi di tahanan Malaysia.
Jadi, sebagai Peguam Negara, beliau telah menghantar pegawai kanan pendakwa raya bertemu dan menemu bual Azilah di penjara Malaysia dan berjumpa dengan Sirol di tahanan Australia.
Tertuduh, Azilah dan Sirol dijatuhkan hukuman dan bertanggung jawab ke atas pembunuhan Altantuya.
Beliau berpuas hati dengan temu bual itu kerana akhirnya, cerita mereka berdua selari. Kenyataan Tommy Thomas adalah “Saya berpuas hati mereka bercakap benar.”
Bekas peguam Iswardy Morni dalam laman youtube mendakwa, langkah lebih baik bagi Najib adalah untuk tidak meneruskan saman tersebut kerana:
1. Hanya kenyataan Tommy Thomas yang boleh didakwa
Jika Najib ingin mendakwa Tommy Thomas, apa yang perlu dilakukan Tommy Thomas adalah membawa Sirol dan kenyataan Azilah bagi membuktikan dakwaannya benar. Tommy Thomas tidak mendakwa Najib membunuh Altantuya, tetapi beliau mendakwa Sirol dan Azilah bercakap benar. Dan pandangan Tommy Thomas berdasarkan fakta yang dia ada tidak boleh didakwa dan bukan satu fitnah iaitu. Tommy Thomas akan perlu mengemukakan segala bukti terhadap kenyataan tersebut.
2. Najib akan menanggung malu
Masalah kedua adalah apabila kes ini dikemukakan ke mahkamah, cerita Altantuya akan berulang kembali. Bukti-bukti yang sudah lama tersimpan akan digali semula. Jadi, Najib yang akan menanggung malu.
Kita pernah lalui, beberapa penyataan mantan Perdana Menteri ini sewaktu kes 1MDB terdahulu. Contohnya, apabila laman akhbar antarabangsa Wall Street Journal (WSJ) membongkar kes 1MDB tersebut, Dato’ Seri Najib mendakwa akan memfailkan saman fitnah terhadap mereka. Namun, sehingga hari ini tiada kes mahkamah dibuka.