Langkah Imunisasi Sudah Wujud Sejak Zaman Khalifah Uthmaniah

“Vaksin itu illuminati” “Vaksin agenda yahudi” “Vaksin cara barat mengawal kita” Ini antara hujah-hujah golongan anti-vaksin. Tetapi tahukah mereka tentang sejarah vaksin.

Vaksin diperkenalkan oleh seorang doktor dari Inggeris yang bernama Edward Jenner pada tahun 1796 .Beliau merupakan bapa kepada vaksinasi kerana berjaya mencipta vaksin pertama untuk menghentikan penyakit cacar(smallpox) yang telah membunuh lebih 300 juta manusia di seluruh dunia. Ini direkodkan dalam laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Namun, sebelum penemuan vaksin ini, suntikan bagi meningkatkan imunisasi mencegah cacar telahpun bermula pada zaman 1717 sewaktu Empayar Khalifah Uthmaniah. Ini terbukti daripada tulisan isteri wakil Kerajaan British di Khalifah Uthmaniah, Lady Montagu yang menulis surat kepada kawannya yang menceritakan pengamalan suntikan(variolation) yang dilakukan di Konstatinopel bagi mencegah virus cacar.

Proses suntikan ini bagaimanapun mempunyai risiko yang tinggi dan berbahaya sehinggalah penemuan vaksin pertama yang mempunyai proses dengan risiko yang lebih rendah dan selamat. Virus cacar akhirnya lenyap pada tahun 1979 oleh WHO.

Hari ini, vaksinasi bukan sahaja mempunyai risiko yang sangat rendah tetapi juga lebih efektif berbanding dahulu. Di mana keterlibatan Yahudi di sini?

Semua pakar perubatan di seluruh dunia berganding bahu bagi membangunkan vaksin tidak mengira latar belakang.

Di Israel 70% orang Yahudi sudah divaksin bagi menangani virus Covid-19 dan orang Yahudi Ortodoks yang takut dan berkempen tolak vaksin diketuai oleh rabi mereka kerana percaya dengan teori konspirasi.

Jadi kalau anda banyak berkempen menolak vaksin faham-fahamlah siapa yang “yahudi“ di dalam masyarakat kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *